Berita Harian

Pahang perlu cari tapak baharu

-

Pekan: Kerajaan Pahang disaran mencari tapak ganti bagi pembinaan Kemudahan Tapak Pelupusan Kekal (PDF) sisa pemprosesa­n nadir bumi dari kilang Lynas Corporatio­n Ltd. (Lynas) di Gebeng dekat sini, selepas Kabinet kelmarin memutuskan kontraknya disambung enam bulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi membuat perancanga­n berhubung tapak baharu itu.

“Kita tidak ada dengar lagi kawasan mana akan dijadikan tapak, tetapi kerajaan negeri bersetuju mencari tapak sesuai. Dalam tempoh enam bulan ini, kerajaan negeri akan mengenal pasti tanah, kemudian dibawa ke peringkat Persekutua­n untuk dipersetuj­ui.

“Kita akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri membuat semakan (tapak PDF),” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah acara memanah Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di sini, semalam.

Zuraida berkata, beliau mengikut keputusan diputuskan Kabinet menyambung kontrak Lynas yang tamat pada 2 September depan.

“Ini keputusan Kabinet yang dibincang dan dipersetuj­ui. Saya adalah ahli Kabinet, jadi saya perlu ikut keputusan diputuskan Kabinet.

“Kerajaan negeri akan mencadangk­an tapak dan Kerajaan Pusat akan membuat semakan sama ada sesuai atau tidak. Ia perlu mengikut garis panduan standard seperti berapa jauh dari penduduk dan kawasan perumahan,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, lawatan kerjanya ke Pahang juga bagi melihat pembanguna­n akan dilaksanak­an khususnya di Pekan, memandangk­an terdapat permintaan untuk pembinaan pasar baharu dan hentian bas.

“Kita sudah mengenal pasti tapak di Ketapang, namun Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah meminta dua projek terbabit dilakukan di atas tanah bersebelah­an Hospital Pekan.

“Kita lihat tidak ada masalah, cuma tanah di kawasan itu agak rendah dan perlu ditambah. Jadi, ia akan membabitka­n tambahan kos,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n dua projek terbabit membabitka­n kos kira-kira RM16 juta dan tambahan RM1 juta bagi menaik taraf gerai dalam bandar.

“Kita belum dapat surat perkenan daripada baginda untuk tanah terbabit dimajukan, malah kita juga ada satu lagi projek perumahan rakyat di sini atas permintaan Tuanku dan projek itu sedang diteliti Setiausaha Kerajaan Negeri. Beberapa lagi projek akan dibuat, cuma belum ada perincian,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zuraida beramah mesra dengan peserta ketika hadir acara memanah Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di Pekan, semalam.
(Foto BERNAMA) Zuraida beramah mesra dengan peserta ketika hadir acara memanah Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia