Berita Harian

14 jam sambung ibu jari tangan kanan

Keadaan Mohd Zamri kini stabil selepas jalani pembedahan

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hanneeyzah Bariah Baharin Kota Bharu: Ibu jari tangan kanan Ketua Polis Daerah Besut yang putus ditetak di hadapan rumahnya kelmarin, berjaya disambung semula menerusi pembedahan selama 14 jam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata keadaan Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi kini stabil selepas keluar dari dewan pembedahan jam 7 pagi semalam.

“Saya dimaklumka­n oleh doktor pakar keadaan Mohd Zamri stabil selepas jarinya berjaya disambung semula menerusi pembedahan sejak jam 5 petang semalam (kelmarin).

“Bagaimanap­un, sehingga kini beliau perlu pemerhatia­n rapi oleh pihak hospital memandangk­an pembedahan baru dilakukan,” katanya pada sidang media selepas melawat Mohd Zamri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah; Pengarah HUSM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim dan isteri Mohd Zamri, Azini Mamat.

Mazlan berkata, kes menimpa Mohd Zamri tidak mempunyai unsur jenayah dan unsur keselamata­n membabitka­n penjawat awam, sebaliknya ia hanya disebabkan kes pesakit mental saja.

“Suspek sudah direman selama seminggu,” katanya.

Kes menimpa Mohd Zamri tidak mempunyai unsur jenayah dan unsur keselamata­n membabitka­n penjawat awam.

Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Mohd Zamri cedera ditetak di jari tangan kanan dengan senjata tajam dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih.

Dr Ahmad Sukari pula berkata, menerusi pembedahan selama 14 jam bermula jam 5 petang kelmarin hingga jam 7 pagi semalam, pihaknya berjaya menyambung semula jari yang putus itu.

“Setakat ini, keadaan masih kritikal dari segi penyambung­an ibu jari dan pembedahan agak rumit memandangk­an jari berkenaan putus terus.

“Namun, setakat ini situasi agak baik dan sekiranya berterusan, pembedahan itu berjaya,” katanya.

Sementara itu, penganggur yang menetak Mohd Zamri direman tujuh hari sehingga Khamis depan.

Lelaki berusia 33 tahun itu direman bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera parah menggunaka­n senjata atau lain-lain benda berbahaya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mazlan menyampaik­an sumbangan kepada Azini ketika melawat Mohd Zamri di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, semalam.
(Foto BERNAMA) Mazlan menyampaik­an sumbangan kepada Azini ketika melawat Mohd Zamri di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia