Berita Harian

Penganggur dihukum gantung sampai mati

Mahkamah tolak pembelaan insaniti, pembela gagal timbul keraguan munasabah

- Mrizanizam@nstp.com.my

Oleh Rizanizam Abdul Hamid Melaka: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap penganggur kerana kesalahan membunuh tiga ahli keluarga angkatnya tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Luqman Hadi Mustapa, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati itu, tertuduh didakwa membunuh Hassan A Wahab, 70; Mariah Baharin, 61 dan Muhammad Taufeq Hassan, 22.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan pula, tertuduh didakwa menetak tubuh badan Noor Haslinda Diyana Hassan, 26, dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24, menggunaka­n parang panjang serta perbuatan itu boleh menyebabka­n kematian yang boleh menjadi kesalahan membunuh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dikenakan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Sidang Said, Bertam Malim, Melaka, antara jam 5.50 pagi hingga 6.15 pagi pada 25 Ogos 2016.

Ahmad Nasfy dalam penghakima­nnya pada akhir kes pembelaan berkata, semua perbuatan tertuduh tidak konsisten dengan perbuatan orang tidak siuman.

“Atas sebab itu, mahkamah menolak pembelaan insaniti tertuduh, sekali gus menyebabka­n pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah.

“Tertuduh bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, jadi tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Bagi pertuduhan keempat dan kelima dikenakan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan,” katanya.

Susulan mendengar hukuman itu, beberapa ahli keluarga tertuduh dilihat menangis sambil berpelukan dengan tertuduh yang hanya kelihatan sebak sambil berdiam diri

Seramai 25 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraa­n bermula 22 Oktober 2016.

Media pada 26 Ogos 2016 melaporkan, suami isteri dan anak lelaki mereka mati dibunuh akibat dikelar senjata tajam oleh seorang lelaki dipercayai anak angkat mangsa yang tinggal bersama.

 ?? (Foto Rasul Azli Samad/bh) ?? Luqman Hadi diiringi polis dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Melaka, semalam.
(Foto Rasul Azli Samad/bh) Luqman Hadi diiringi polis dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia