Berita Harian

Tiada lagi ‘emas kecil’: Nelayan

Dakwa pembinaan dua tembok penahan ombak punca tangkapan udang geragau terjejas

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Melaka: Sekumpulan nelayan yang aktif menjalanka­n kegiatan menangkap udang geragau sekitar Pantai Puteri di sini, mendakwa hilang punca pendapatan susulan pembinaan dua tembok penahan ombak di pantai itu sejak Februari lalu.

Nelayan, Mohd Yaakob Yahaya, 45, mendakwa sejak dua tembok itu dibina di kedudukan kiri dan kanan pantai enam bulan lalu, ia melenyapka­n udang geragau yang selama ini dianggap sebagai ‘emas kecil’ oleh mereka.

“Sejak kerajaan bina tembok itu, udang geragau atau ‘emas kecil’ bagi kami ini amat sukar diperoleh, malah aktiviti melanggai udang besar juga terjejas menyebabka­n kami hilang punca pendapatan.

“Sebelum ini kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, tetapi kini kami hilang terus mata pencarian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagi Awal Bugal, 64, kewujudan tembok berkenaan yang diperbuat daripada susunan batu dibina secara mengunjur dari daratan sehingga ke laut sejauh kira-kira 30 meter juga menimbulka­n masalah lain.

“Kewujudan tembok ini membuatkan pantai di sini berteluk, lebih dalam selain ombak menjadi lebih kuat. Kami bukan menghalang niat kerajaan membina tembok ini, tetapi caranya pembinaan seperti tidak kena.

“Sepatutnya penghalang ombak dibuat melintang di tengah laut bukannya mengunjur secara memanjang,” dakwanya.

Sementara itu, Nordin Yusof, 39, pula menganggap kemunculan batuan itu boleh mengancam keselamata­n pengunjung yang berenang di situ, sekali gus menjejaska­n aktiviti pelanconga­n di kawasan terbabit.

“Disebabkan hakisan batu akan berselerak di sepanjang pantai yang boleh menjejaska­n keselamata­n pengunjung yang berenang di pantai ini dan penyungkur udang.

“Sekarang, dua tembok sudah dibina dan kami dimaklumka­n tiga lagi akan menyusul sekali gus bakal menambah lagi penderitaa­n kami,” katanya.

Beliau berkata, nelayan juga tidak pernah bersetuju dengan pembinaan tembok berkenaan di kawasan pantai itu ketika sesi perbincang­an diadakan sebelum ia dibina.

 ?? (Foto Rizanizam Abdul Hamid/bh) ?? Nelayan berkumpul membantah pembinaan tembok penghalang ombak di Pantai Puteri.
(Foto Rizanizam Abdul Hamid/bh) Nelayan berkumpul membantah pembinaan tembok penghalang ombak di Pantai Puteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia