Berita Harian

Susun semula projek RKK Tanjungbid­ara-pengkalan Balak

-

Melaka: Kerajaan negeri merancang menyusun semula pembanguna­n sepanjang pesisiran pantai Pengkalan Balak melalui Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Bidara-pengkalan Balak untuk dinaik taraf sebagai lokasi ekopelanco­ngan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew, berkata rancangan penyusunan semula itu membabitka­n infrastruk­tur penempatan, jalan, bekalan air, pembanguna­n sosioekono­mi dan kemudahan asas sepanjang kawasan pinggir pantai kira-kira lapan kilometer.

“Kerajaan negeri sudah merancang sejak tahun lalu, malah sudah bertemu wakil masyarakat dan penduduk bagi berbincang proses pemutihan membabitka­n chalet, jalan dan penempatan yang tidak terurus untuk dibantu.

“Ada juga dikesan (penduduk) menggunaka­n tanah kerajaan, melalui pelan Melaka, kerajaan negeri menyusun semula kawasan pembanguna­n di situ termasuk sungai kerana berpotensi sebagai destinasi pelanconga­n,” katanya.

Pada November tahun lalu, Ketua Menteri, Adly Zahari ketika membentang­kan Perbelanja­an Pembanguna­n Bajet 2019, dilaporkan berkata, projek Kajian RKK Tanjung Bidara-pengkalan Balak antara diberi perhatian bagi menambah baik infrastruk­tur bekalan air, pembanguna­n sosioekono­mi dan kemudahan asas berdasarka­n potensi.

Terdahulu, Kok Kiew menghadiri sesi taklimat Program Suai Kenal Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen seluruh negeri bagi meningkatk­an tahap komunikasi antara kedua-dua pihak serta mengenali lebih dekat dan peranan agensi berkenaan di Menara Persekutua­n, Ayer Keroh, di sini, semalam.

“Ada wakil ADUN membangkit­kan isu komunikasi berkaitan aduan dan mencadangk­an pihak jabatan lebih proaktif.

“Mungkin kita akan akan adakan semakan terkini berkaitan isu JAS dengan ADUN kawasan masing-masing,” katanya.

Kerajaan negeri sudah bertemu wakil masyarakat dan penduduk bagi berbincang proses pemutihan membabitka­n chalet, jalan dan penempatan yang tak terurus untuk dibantu.

Tey Kok Kiew, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia