Berita Harian

Generasi Baba Nyonya warisi budaya 600 tahun

PERZIM kumpul artifak, bahan bersejarah pamer di Muzium Melaka

- Oleh Fairuz Zaidan dan Nurul Fhatihah Zakinan cnews@nstp.com.my

Melaka: Etnik peranakan Baba Nyonya di Melaka hari ini, dipercayai adalah generasi ketujuh yang terus mewarisi susur galur keturunan hasil perkahwina­n campur hingga membentuk adat serta budaya tersendiri.

Penolong Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Fairus Mamat, berkata susur galur keturunan masyarakat etnik Baba Nyonya itu asalnya adalah hasil perkahwina­n campur antara kumpulan pedagang dari China bersama wanita tempatan sejak lebih 600 tahun lalu.

Malah, katanya, hasil perkahwina­n campur itu berjaya membentuk amalan budaya sebegitu unik yang wujud sehingga hari ini di Melaka hinggalah bercambah ke Singapura dan Pulau Pinang.

“Mengikut sejarahnya, kaum Baba atau peranakan di Melaka ini wujud sejak zaman kesultanan Melaka yang bermula hasil perdaganga­n yang wujud antara kerajaan China dan Melaka pada masa itu.

“Mereka ini umumnya adalah kelompok golongan elit berasal daripada golongan pedagang dari China yang berkahwin dengan wanita tempatan, sebelum budaya peranakan ini mula meresap dalam kehidupan seharian.

“Begitupun, pengaruh agama dan adat budaya masih kuat diamalkan hingga berjaya dipertahan­kan hingga ke saat ini,” katanya kepada BH.

Mengulas peranan PERZIM dalam mempertaha­nkan keunikan budaya Baba Nyonya di negeri ini, Fairus berkata, antara yang dibuat kerajaan Melaka melalui PERZIM adalah mengambil inisiatif dengan mengumpulk­an beberapa artifak serta bahan bersejarah mewakili komuniti peranakan Baba Melaka untuk dipamerkan di muzium berkenaan.

Katanya, antara koleksi barangan Baba Nyonya yang dipamerkan di bahagian Galeri Ethnografi di muzium itu termasukla­h koleksi persalinan kebaya, kain batik dan pakaian baba, perabot hinggalah kepada kelengkapa­n pelamin masyarakat itu.

“Selain membeli untuk tujuan pengumpula­n, ada juga bahan pameran yang diberikan oleh individu untuk dijadikan bahan bersejarah di muzium ini.

“Pelancong juga tertarik melihat kepelbagai­an etnik yang terdapat di Melaka. Uniknya, semua muzium ini saling terhubung menjadikan ia mesra pelancong,” katanya.

Katanya PERZIM juga sering menganjurk­an pelbagai program kebudayaan yang antara lain turut memperkena­lkan budaya Baba Nyonya dari segi pemakaian, tarian dan masakan dalam usaha mengekalka­n gaya hidup masyarakat itu daripada terus pupus ditelan zaman.

“Bukan hanya budaya masyarakat Melayu, Cina dan India, di Melaka ini kita turut sama menonjolka­n kaum minoriti lain seperti masyarakat Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.

“Kita turut berbangga apabila seni warisan dondang sayang turut mendapat pengiktira­fan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan dunia,” katanya

Pengaruh agama dan adat budaya masih kuat diamalkan hingga kini.

Fairus Mamat, Penolong Kurator PERZIM

 ?? (Foto Jamah Nasri/bh) ?? Kelengkapa­n katil masyarakat Baba dan Nyonya yang dipamer di Muzium Melaka di Banda Hilir.
(Foto Jamah Nasri/bh) Kelengkapa­n katil masyarakat Baba dan Nyonya yang dipamer di Muzium Melaka di Banda Hilir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia