Berita Harian

Pelajar kena miliki ilmu kalkulus

-

Kalkulus antara subjek yang memerlukan asas pengetahua­n Matematik yang kuat. Ia diperkenal­kan kepada pelajar di sekolah menegah menerusi subjek Matematik Tambahan dalam topik Pembezaan.

Pengetahua­n mengenai kalkulus diperluas lagi ketika di institusi pengajian tinggi (IPT). Rata-rata pelajar gementar apabila mengambil subjek ini.

Lebih-lebih lagi apabila minda ditanam dengan mengatakan kalkulus adalah killer subject atau ‘subjek pembunuh’.

Dalam konteks pengajaran, pensyarah berusaha membantu sedaya mungkin supaya pelajar memahami kalkulus. Justeru, pelajar perlu sentiasa bersedia supaya dapat mewujudkan ion positif ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Walaupun pelajar diberikan pendedahan awal asas kalkulus di sekolah, pensyarah masih lagi memperuntu­kkan masa memperkena­lkan semula asas itu pada sesi pembelajar­an awal semester.

Tanpa teknik betul, pelajar sukar meneruskan penyelesai­an masalah terutama apabila berdepan soalan aras tinggi.

Pelajar diperkenal­kan dengan aplikasi pembezaan dan pengamiran serta skop diperluask­an dengan memberi gambaran sebenar akan kegunaan kalkulus dalam realiti kehidupan.

Aplikasi kalkulus boleh dilihat dalam proses pengiraan isipadu maksimum air yang boleh diisi dalam tangki berbentuk silinder. kalkulus juga digunakan untuk mencari nilai kecerunan tangga.

Terlalu banyak aplikasi kalkulus jika hendak disenaraik­an. Ini menunjukka­n kepentinga­n kalkulus dalam realiti kehidupan.

Pelajar perlu berani menerima ilmu kalkulus. Ia bukan killer subject. Ia menjadi sukar apabila tidak bersedia dan tidak ingin tahu serta tidak mahu ambil peduli kepentinga­n ilmu yang dipelajari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia