Berita Harian

Hospital Sungai Buloh komited atasi isu parkir

- Dr Kamaruddin Alias, Pengarah Hospital Sungai Buloh

Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh mengambil maklum mengenai surat pembaca yang disiarkan akhbar BH, yang ditulis Ahmad Husin bertarikh 13 Ogos lalu.

Parkir pelawat yang disediakan di Zon A adalah berkapasit­i 80 kereta dan di Zon E pula 300 kereta.

Pada waktu puncak antara jam 12.30 tengah hari, terdapat kenderaan yang diletakkan pelawat secara double park (parkir bertindih) sehingga membabitka­n pertambaha­n sehingga 30 peratus daripada kapasiti zon masing-masing.

Menyedari masalah ini, pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh, sedia merancang penyediaan kawasan parkir baharu untuk keselesaan semua pihak.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­nnya memerlukan keputusan bersama oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM), Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Kekangan utama adalah membabitka­n urusan pemilikan dan kesesuaian tapak atau tanah. Sebagai langkah sementara, pihak hospital menyediaka­n alternatif tapak parkir di kawasan lapang berhadapan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Menyedari situasi berkenaan, sukacita pihak hospital mengambil kesempatan ini untuk memaklumka­n bahawa KKM sudah mengambil inisiatif untuk menandatan­gani persetujua­n dengan syarikat e-hailing iaitu Grab.

Pemandu persendiri­an atau Grab dibenarkan untuk menurunkan penumpang di Drop Zone Hospital Sungai Buloh (berhampira­n kafeteria dan balai pelawat) sekiranya menghantar penumpang warga emas, pesakit, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Di samping itu, terdapat juga kemudahan pengangkut­an awam lain berhampira­n hospital seperti teksi dan bas dari perhentian Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter Sungai Buloh.

 ??  ?? Kemudahan pengangkut­an awam seperti Grab, MRT dan KTM diyakini mampu menyelesai­kan masalah parkir awam di Hospital Sungai Buloh.
Kemudahan pengangkut­an awam seperti Grab, MRT dan KTM diyakini mampu menyelesai­kan masalah parkir awam di Hospital Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia