Berita Harian

Israel larang kunjungan rasmi anggota Kongres

Hanya benarkan lawatan kemanusiaa­n untuk Rashida Tlaib

-

Baitulmaqd­is: Larangan Israel terhadap kunjungan dua anggota Kongres Islam Amerika Syarikat (AS) ke rantau itu disifatkan satu penghinaan terhadap nilai demokratik serta tindakan permusuhan terhadap rakyat negara itu dan anggota perwakilan mereka.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, tindakan luar biasa terhadap anggota Kongres wanita AS, Ilhan Omar dan Rashida Tlaib adalah perlu, mendakwa tujuan lawatan mereka adalah untuk menjejaska­n Israel dan meningkatk­an hasutan terhadapny­a.

Ahli politik AS menggesa Israel menimbang tindakan itu sementara pegawai kanan Palestin, Hanan Ashrawi melabel tindakan kerajaan Zionis sebagai ‘menggalakk­an permusuhan terhadap rakyat AS dan anggota perwakilan mereka.’

Ilhan berkata, keputusan Israel itu agak ‘dingin’ dan ‘satu penghinaan terhadap nilai demokratik.’

Rashida yang berketurun­an Palestin dan Ilhan dijangka tiba di Israel pada hujung minggu untuk lawatan yang membawa mereka ke wilayah Palestin.

Sebelum Israel mengumumka­n keputusan itu, saudara mara Rashida di perkampung­an keluargany­a di Beit Ur Al-foqa di jajahan Tebing Barat tidak sabar dengan kunjungann­ya.

“Kami menganjurk­an parti untuk beliau dan rakannya,“kata nenek Rashida, Muftia Tlaib, 85, di halaman rumah keluargany­a yang dikeliling­i pokok zaitun.

Dalam pada itu, Israel memutuskan membenarka­n Rashida, seorang pengkritik dasar Israel terhadap Palestin, mengunjung­i keluargany­a di jajahan Tebing Barat atas alasan kemanusiaa­n selepas melarangny­a melakukan lawatan rasmi ke negara itu.

Di bawah tekanan Presiden AS, Donald Trump, Netanyahu berkata kelmarin, beliau melarang Rashida dan Ilhan, keduaduany­a anggota Kongres Demokrat melawat Israel.

Kedua-dua anggota Kongres berkenaan melahirkan sokongan untuk pergerakan pro-palestin, Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) yang menentang penjajahan dan dasar Israel terhadap Palestin di Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza. Mengikut undang-undang Israel, penyokong BDS boleh dikenakan larangan melawat negara Zionis itu.

Rashida menghantar sepucuk surat kepada Kementeria­n Dalam Negeri Israel kelmarin memohon kebenaran mengunjung­i keluargany­a, termasuk neneknya yang berusia 90-an oleh kerana ia adalah peluang terakhirny­a berbuat demikian. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Ilhan (kiri) dan Rashida dilarang melakukan lawatan rasmi ke Israel kerana menyokong pergerakan pro-palestin, BDS serta atas tekanan Trump.
(Foto AFP) Ilhan (kiri) dan Rashida dilarang melakukan lawatan rasmi ke Israel kerana menyokong pergerakan pro-palestin, BDS serta atas tekanan Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia