Berita Harian

Polis HK tolak campur tangan China tangani perusuh

-

Hong Kong: Polis di wilayah ini yakin mereka mempunyai sumber yang cukup untuk mengawal keadaan dicetuskan penunjuk perasaan prodemokra­si, walaupun ia dijangka berterusan lebih lama.

Kenyataan itu ternyata meredakan keadaan, ketika timbul kebimbanga­n mengenai campur tangan pihak keselamata­n dari tanah besar China.

Terdahulu, tiga komander kanan polis wilayah ini berkata, mereka tidak dimaklumka­n mengenai sebarang rancangan oleh kerajaan China untuk menghantar tentera darat atau polis dari tanah besar, walaupun keadaan bertukar menjadi semakin ganas.

Namun, mereka mengakui bahawa sebarang keputusan akan meletakkan polis bandaraya itu dalam satu kedudukan yang tidak pasti.

Pada masa sama, mereka menegaskan, isu itu tidak perlu dibincangk­an kerana pihak berkuasa tempatan mampu mengendali­kan krisis berkenaan.

“Saya tidak dapat membayangk­annya. Pada peringkat operasi, kita mempunyai kemampuan dan pengalaman.

“Saya fikir kita mempunyai keazaman dan keupayaan dari segi sumber untuk terus mengawal keadaan,” kata seorang komander kanan yang enggan dikenali.

Sehingga kini, tiada pemimpin Beijing atau Hong Kong yang sanggup menawarkan sebarang kompromi, sekali gus menyebabka­n pasukan polis dibenci penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, kesempatan rusuhan itu segera diambil peniaga yang menawarkan bekalan barangan untuk tunjuk perasaan.

Topi keledar, pelindung mata dan topeng gas paling laris dijual di kedai segera ‘National Calamity Hardware’ di Mong Kok dan Tai Po, kawasan utama bantahan dua bulan yang kadang kala bertukar ganas.

“Kami menjual 50 hingga

60 set topeng gas dalam jam pertama perniagaan dibuka, justeru kami kini kehabisan bekalan,” kata peniaga berusia 33 tahun, Lee Ching-hei sambil memakaikan topi keledar kepada pelanggan. AFP

Saya fikir kita mempunyai keazaman dan keupayaan dari segi sumber untuk terus mengawal keadaan.

Kenyataan komander kanan polis

 ?? (Foto AFP) ?? Robert memanjat bangunan Cheung Kong Center untuk memasang bendera perdamaian China dan Hong Kong, semalam.
(Foto AFP) Robert memanjat bangunan Cheung Kong Center untuk memasang bendera perdamaian China dan Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia