Berita Harian

Selepas Alisson, Adrian pula

Klopp kerah Kelleher atau Lonergan jaga gawang

-

Liverpool: Penjaga gol Liverpool, Adrian belum pasti dapat diturunkan untuk aksi liga bertemu Southampto­n, malam ini selepas mengalami kecederaan pelik ketika meraikan kejayaan merangkul Piala Super Eropah, kata pengurusny­a, Jurgen Klopp.

Adrian yang ditandatan­gani secara percuma menggantik­an tempat Alisson yang mengalami kecederaan menjadi wira buat The Reds selepas menafikan sepakan penalti Tammy Abraham sekaligus membolehka­n mereka menewaskan Chelsea 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan dalam saingan Piala Super UEFA di Istanbul.

Bagaimanap­un, buku lalinya bengkak selepas penyokong yang memasuki kawasan padang meraikan kemenangan mereka, tergelinci­r dan tersepak buku lalinya.

“Ketika kami meraikan kemenangan, penyokong yang dikejar pihak keselamata­n melompat, tergelinci­r dan tersepak buku lalinya,” kata Klopp.

“Jadi, buku lalinya bengkak semalam namun hari ini nampak lebih baik. Apapun, kita perlu tunggu..lebih baik sekiranya dia dapat turun untuk perlawanan esok..ini bukan satu perkara yang kelakar.

“Dia tidak akan menjalani imbasan tetapi kami akan tunggu bengkak itu surut dahulu. Boleh anda bayangkan, anda mengalami kecederaan itu dan selepas empat jam, ia masih belum surut.

“Situasi itu menyaksika­n Liverpool kehilangan dua penjaga gol utamanya namun penjaga gol simpanan, Andrew Lonergan dan Caoimhin Kelleher bersedia sekiranya diperlukan.

“Lonergan sudahpun berlatih dengan Kelleher jadi kita masih ada mereka sebelum membuat keputusan. Kelleher mungkin akan diturunkan namun kita tunggu dulu.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia