Berita Harian

Chelsea dijangka kekal ‘huni gua’

-

Sebelum kita sentuh aksi minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), kita nak ucapkan tahniah kepada Liverpool atas kejayaan memenangi Piala Super Eropah atau UEFA di Istanbul pada pertengaha­n minggu ini.

Juara Liga-juara ini menewaskan juara Liga Europa, Chelsea menerusi sepakan penalti 5-4 selepas terikat 2-2. Ini adalah trofi kejuaran ke-43 The Reds secara keseluruha­nnya, mengatasi Manchester United dengan satu kelebihan.

Tidak menghairan­kan dalam beberapa hari lalu, Liverpool tidak henti-henti dijulang. Sebaliknya dalam masa, The Blues teruk jadi mangsa atau ‘bahan’ belasahan oleh penyokong pasukan lain sehingga ‘terperosok jauh di dalam gua’ .

Kejayaan ini, selepas tewas kepada Manchester City dalam perebutan Perisai Komuniti EPL dua minggu lalu, tentunya akan melonjakka­n semangat barisan skuad bimbingan Jurgen Klopp apabila berkunjung ke Stadium St Mary’s bertemu tuan rumah, Southampto­n, malam ini.

Liverpool pastinya mahu mengutip mata penuh selepas mudah membelasah Norwich City, 4-1 pada aksi pembukaan. Dengan jangkaan aksi ini bakal menjadi milik The Reds, skuad The Saints seharusnya mencari strategi mujarab untuk bangkit andai enggan tewas dua kali berturut-turut selepas tunduk kepada Burnley minggu lalu.

Apapun, aksi tumpuan minggu ini pastinya antara juara bertahan, City, menentang Tottenham Hotspur di Etihad tengah malam ini waktu Malaysia. Mungkin masih ramai yang ingat dek kerana penangan Spurs, City gagal melangkah ke separuh akhir Liga Juara-juara.

Anak buah Pep Guardiola tewas kepada pasukan Mauricio Pocchetino di suku akhir menerusi kelebihan jaringan ditempat lawan. Ya, memang benar perlawanan ini sudah pastinya boleh dianggap sebagai medan buat City untuk melunas dendam yang terbuku pada musim lalu itu.

Sebelum pertemuan ini, City tampil dengan motivasi mengatasi West Ham 5-0 pada aksi pembukaan selepas memenangi Perisai Komuniti, manakala Spurs menjinakka­n pendatang baharu, Aston Villa, 3-1 selepas terpaksa bergelut pada babak pertama.

Mampukah Harry Kane dan rakan sepasukan mengulangi pencapaian musim lalu itu atau kali ini tunduk di tangan Raheem Sterling dan rakannya. Inilah yang ingin kita saksikan ketika kedua-dua pasukan menjadi pilihan untuk menjadi juara musim ini.

Dalam aksi lain, Arsenal yang menjinakka­n Newcastle 1-0, bakal menyambut kunjungan Burnley dengan kedua-dua pasukan dilihat memiliki peluang seimbang untuk mengutip mata penuh.

Chelsea pula harus tiada masalah menewaskan Leicester City untuk mengubat duka tewas mengejut 0-4 kepada Manchester United selain ditangan Liverpool.

United pula pastinya bersemanga­t tinggi untuk mencatat satu lagi kemenangan apabila bertandang ke Wolves bagi memulakan musim baru dengan langkah kanan. Selamat menonton.

 ??  ?? Pep Guardiola
Pep Guardiola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia