Berita Harian

Khairul Hafiz hanya 10.71s

Gagal ke Sukan SEA secara merit, harap dapat tiket kategori B

- Jumiati@bh.com.my

(kiri) ketinggala­n di tempat kedua pada kejohanan Olahraga KOM.

Oleh Jumiati Rosly Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksika­n Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan untuk menempah tiket ke Sukan SEA 2019 di Filipina secara merit pada hujung tahun ini berakhir namun peluangnya untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangin­ya dua tahun lalu menerusi tiket Kategori B masih cerah.

Khairul Hafiz yang bersaing pada pentas kelayakan terakhir Sukan SEA di Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019 di Stadium Majlis Sukan Negara (MSN) semalam sekadar mencatat masa 10.71 saat, masih jauh daripada rekod kebangsaan 10.18s miliknya.

Beliau perlu mencatatka­n masa yang lebih baik daripada 10.37s iaitu catatan masa rakan senegara, Johnathan Nyepa dengan catatan itu berada di ranking ketiga Asia Tenggara.

Acara 100m pada Kejohanan Olahraga KOM yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalami menyaksika­n Muhammad Haiqal Hanafi yang mewakili Johor muncul juara dengan mencatatka­n 10.59 saat diikuti Khairul Hafiz yang mewakili Melaka (10.71s) dan gangsa dimenangi pelari Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail (10.81s).

Pelari berumur 21 tahun itu berkata beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mewakili negara di Filipina pada November ini memandangk­an beliau baru sahaja kembali ke trek selama enam minggu disebabkan terpaksa berehat daripada kecederaan selama tujuh bulan.

“Kalau pergi juga, saya akan lakukan yang terbaik kerana saya bawa nama Malaysia. Walaupun catatan terbaik musim ini saya lakukan 10.50s.

“Memang catatan 10.18s (rekod kebangsaan) dan 10.50s adalah jauh tetapi saya tahu kondisi badan saya jauh berbeza,” katanya.

Untuk rekod, Khairul baru saja membuat penampilan pertama pada kejohanan kompetitif di di Sukan Universiti Dunia di Napoli bulan lalu dengan catatan masa 10.70s dan berjaya membaiki catatan 10.50s pada Terbuka Kuala Lumpur minggu lalu yang juga kejohanan keduanya selepas tempoh kecederaan.

Khairul berkata beliau juga berjaya menambah berat badan ketika tempoh kecederaan dan ini serba sebanyak memberi kesan kepada lariannya yang mana memerlukan lebih masa untuk penyesuaia­n.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abd Jalil berkata peluang untuk Khairul Hafiz ke temasya di Filipina menerusi Kategori A sudah berakhir, namun namanya masih boleh disenaraik­an di bawah Kategori B dan akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan KOM akan berlangsun­g Isnin ini.

“Kemungkina­n itu ada (untuk disenaraik­an dalam Kategori B) kerana kita juga akan pilih nama untuk acara 4x100m.

“Jika nama Khairul Hafiz sudah disenaraik­an dalam skuad, kita boleh susun untuk turun dalam acara berganti-ganti dan juga individu,” katanya.

Terdahulu, acara 100m wanita pula menyaksika­n Siti Fatimah Mohammad yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatatka­n 12.28s untuk pingat emas sementara rakan sepasukan, S Komalam di tempat kedua (12.41s) dan pelari Terengganu, Azreen Nabila Alias di tempat ketiga (12.55s).

 ??  ?? Khairul Hafiz
Khairul Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia