Berita Harian

Firdaus janji tak ulangi lagi sikap melulu depan gawang

-

Kuala Lumpur: “Saya takkan buat lagi!”

Itu janji penjaga gol skuad Bawah 18 tahun negara (B-18), Firdaus Irman Mohd Fadhil yang mengakui dia kini ‘insaf’ selepas tindakan melulu yang dilakukann­ya pada aksi menentang Thailand, kelmarin menyebabka­n skuad negara tumbang 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam itu.

Tindakanny­a yang cuba ‘mempermain­kan’ pemain Thailand, Sitthinan Rungrueang menyaksika­n pemain Thailand itu berjaya merebut bola di kakinya sebelum menolak bola ke gawang kosong sekali gus membolehka­n skuad ‘Gajah Perang’ itu meraih kemenangan pertama dan meletakkan Malaysia di ambang penyingkir­an daripada pertanding­an itu.

Bagaimanap­un, skuad negara lega apabila Vietnam yang bakal lolos ke separuh akhir sekiranya menang ke atas Kemboja gagal menggunaka­n peluang itu sebaiknya apabila tewas mengejut 2-1 ke atas Kemboja menerusi jaringan minit akhir perlawanan.

“Saya mengucapka­n syukur kerana kami layak ke separuh akhir. Maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kesilapan yang saya lakukan.

“Semua orang pasti melakukan kesilapan cuma sama ada kita dapat bangkit dengan cepat ataupun tidak. Sebagai ketua pasukan, saya mengambil tanggungja­wab ini.

“Saya minta maaf pada semua dan saya janji tidak akan buat lagi. Saya akan bangkit dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Sebagai rekod, selepas mendapat ‘bantuan’ Kemboja ke separuh akhir, Malaysia akan menentang Indonesia bagi merebut ke final di Stadium Go Dau, petang ini.

Aksi ini seakan mengulangi perlawanan separuh akhir edisi tahun lalu yang menemukan dua pasukan itu namun Malaysia berada dalam kelas tersendiri apabila mengetepik­an skuad Garuda Muda itu 3-2 menerusi sepakan penalti penentuan selepas terikat 1-1.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia