Berita Harian

Pengalaman jadi pemisah

Maloney risau ‘aksi panas’ di Go Dau ganggu rentak

- Syafiq.aznan@bh.com.my

AFF B-18

Oleh Syafiq Aznan Kuala Lumpur: Pengalaman skuad Bawah 18 tahun negara (B-18) beraksi dalam ‘kumpulan maut’ di peringkat kumpulan Kejuaraan B-18 AFF 2019 seharusnya memberikan lebih keyakinan untuk mereka bagi mengharung­i Indonesia pada aksi separuh akhir, petang ini.

Berbanding skuad lawan yang diundi dalam kumpulan mudah, anak buah Brad Maloney itu mengharung­i laluan sukar apabila berdepan tiga pasukan yang memiliki reputasi tinggi iaitu Australia, Thailand dan juga Vietnam, namun tetap berjaya meloloskan diri ke separuh akhir.

Itu sudah cukup membuktika­n betapa Malaysia memiliki kualiti tersendiri, namun pada aksi separuh akhir di Stadium Go Dau yang mengulangi aksi sama pada edisi lalu, skuad Garuda Muda sudah tentu mahu tampil lebih ‘garang’ untuk membalas dendam selepas skuad negara menafikan peluang mereka ke final, tahun lalu.

Malah, dengan mereka langsung tidak tewas dalam lima perlawanan peringkat kumpulan selain memiliki rehat dua hari susulan aksi lebih awal, itu mungkin adalah satu amaran buat pemain negara yang perlu berwaspada agar tidak beraksi sambil lewa sekalipun turun selaku juara bertahan.

Mengulas mengenai pertembung­an panas itu, Maloney tampak risau dengan situasi anak buahnya yang mula ‘habis gas’ selepas mengharung­i aksi padat bagi kejohanan terbabit, namun optimis penggilira­n yang dilakukan mampu memberikan hasil yang positif.

“Sukar buat pemain beraksi sebanyak tujuh perlawanan dalam tempoh 13 hari, jadi barisan kejurulati­han sentiasa bekerja keras untuk membantu pemain pulih dan bersedia sepenuhnya bagi setiap perlawanan.

“Setakat ini, mereka sudah beraksi lima perlawanan dalam tempoh sembilan hari, sudah tentu penggilira­n akan dilakukan dan meskipun tewas aksi menentang Thailand semalam (kelmarin), saya yakin pemain dapat bangkit untuk aksi separuh akhir nanti.

“Pasukan ini menunjukka­n perkembang­an yang positif apabila dapat menyesuaik­an diri dengan sistem dan falsafah yang baharu.

“Mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang amat berguna sepanjang kempen kali ini.

“Aksi sengit pasti ditunjukka­n oleh Indonesia. Apapun, kami lebih fokus mengenai cara permainan berpasukan dan menerapkan prinsip bagaimana kami mahu mereka bermain,” katanya.

 ??  ?? Maloney
Maloney
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia