Berita Harian

TFC yakin ketangkasa­n Wan Azraie

-

Kuala Terengganu: Kem Terengganu FC (TFC) yang kehilangan dua penjaga gol berpengala­man tidak berdepan masalah bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Ini kerana skuad itu mempunyai seorang lagi penjaga gol berpengala­man iaitu Wan Muhamad Azraie Wan Teh untuk mengawal kubu terakhir skuad itu.

Pemangku ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, biarpun terasa dengan ketiadaan Muhamad Ilham Amirullah Razali dan Mohd Suffian Rahman, ketangkasa­n Wan Azraie juga diyakini mampu membantu pasukan bertemu skuad Hobin Jang Hobin itu.

“Mohd Suffian mengalami masalah kesihatan, manakala Ilham digantung dua perlawanan selepas dilayangka­n kad merah ketika menentang Kedah.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaa­n terhadap Wan Azraei untuk mempertaha­nkan benteng terakhir TFC daripada dibolosi ketika menentang Negeri Sembilan.

“Inilah masanya dia (Wan

Inilah masanya Wan Azraei membuktika­n keupayaan sebenar untuk lebih menyerlah selepas sekian lama menjadi pemain simpanan.

Azraei) membuktika­n keupayaan sebenar untuk lebih menyerlah selepas sekian lama menjadi pemain simpanan,” kata Nafuzi.

Ketika bertemu Kedah, Wan Azraie yang dimasukkan sebagai pemain gantian mempamerka­n aksi cemerlang dengan menggagalk­an deretan peluang skuad Helang Merah sebelum skuadnya menang 2-0.

Selain Wan Azraie, dua penjaga gol muda, Shafawi Mohamad dan Nik Mohd Amin Ahmad bakal disenaraik­an TFC sebagai pemain simpanan berdepan skuad itu malam ini.

Nafuzi Zain, Pemangku ketua jurulatih TFC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia