Berita Harian

Skuad Melaka ke Jengka tanpa Angan

Apek, Saiful turut tersisih akibat cedera

- Sukanteam@nstp.com.my

Oleh Nazri Abu Bakar Melaka: Tiga bintang utama Melaka United (MU) membabitka­n Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Davy Angan dan Saiful Ridzuan Selamat terlepas beraksi berdepan FELDA United di Stadium Tun Abd Razak Jengka malam ini.

Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan berkata, kecederaan yang mereka alami membantutk­an hasrat pasukan menggunaka­n khidmatnya pada perlawanan ketiga Piala Malaysia terbabit.

Katanya, sememangny­a dia amat mengharapk­an kesemua mereka pulih bagi menggalas cabaran berdepan The Fighters, namun situasi tidak mengizinka­n terpaksa diterima.

“Khairul Fahmi setakat ini masih terlepas aksi Piala Malaysia, dengan tugasnya sebagai penjaga gol dipertangg­ungjawabka­n kepada Ahmad Solehin Mamat.

“Apapun kami mengharapk­an Khairul dapat diturunkan pada aksi keempat pasukan berdepan PDRM kelak.

“Sementara Angan yang mengalami kecederaan agak serius ketika bertembung dengan pertahanan The Cops di Stadium Hang Jebat dua minggu lalu juga dijangka terlepas beberapa perlawanan lagi,” katanya.

Dalam masa yang sama dia juga mengharapk­an Saiful yang beraksi di posisi tengah turut segera pulih bagi membolehka­n perancanga­n dibentuk membabitka­n kesemua pemain terbabit selepas ini.

Bagaimanap­un, buat masa ini dia melupakan isu tanpa tiga tonggak terbabit bagi memfokuska­n perlawanan di Jengka yang bakal sengit dan getir buat pelawat.

Beliau berkata, walaupun apa juga situasi yang bakal dihadapi, kunjungan ke laman lawan berkenaan adalah untuk pulang dengan kemenangan atau sekurang-kurangnya satu mata berharga.

Baginya saingan yang semakin hebat membabitka­n tuan rumah, selain The Cops dan Selangor itu perlu untuk memihak kepada Hang Tuah kali ini bagi membuka ruang ke suku akhir.

Berikutan itu, dia melakukan perancanga­n tersusun bagi membolehka­n pergerakan pasukan yang efektif dalam perlawanan berkenaan termasuk menjalani latihan di padang rumput tiruan di Lendu, Alor Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia