Berita Harian

Festival buah tarik pelancong ke Sipitang

-

Kota Kinabalu: Sejajar usaha giat mempromosi­kan produk pelanconga­n di Sipitang, Festival Buah-buahan Sipitang pada akhir bulan ini menjadi wadah untuk menarik perhatian orang ramai berkunjung ke daerah ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata festival empat hari bermula 29 Ogos hingga 1 September di Padang Top Ten itu turut dimanfaatk­an untuk memperkena­lkan destinasi pelanconga­n yang ada di Sipitang kepada pengunjung.

“Kita sedang giat mempromosi­kan produk pelanconga­n di Sipitang seperti sukan lasak kerana Sipitang mempunyai litar tetap pertama di Borneo untuk peminat sukan itu di Kampung Katipoh, Mesapol.

“Kita juga ada kolam pancing ikan keli Afrika terbesar di Sabah selain kawasan inap desa dan dengan bantuan Lembaga Pelanconga­n Sabah, kita giat membangunk­an pelanconga­n berteraska­n masyarakat di Kampung Pelakat, Ulu Sipitang dan Solob.

“Sipitang juga sedang membangun pesat dalam sektor minyak dan gas selain terkenal dengan buah tempatan terutama durian. Durian di daerah ini berbeza kerana keunikan durian kuning dan kampung sejak berpuluh tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Festival itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada 29 Ogos ini.

Selain mempromosi produk pelanconga­n, antara objektif lain festival itu ialah meningkatk­an tahap sosioekono­mi setempat, memperkena­lkan buah tempatan di Sipitang kepada pelancong dari dalam dan luar negara, memberi peluang kepada petani menjual buah mereka dan membantu menangani masalah longgokan buah-buahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia