Berita Harian

Graduan UMS raih RM4 juta setahun

Dayang Irme Hafziany jalankan perniagaan Kak Kiah Coffe House bersama keluarga

- Suzianah@bh.com.my

Oleh Suzianah Jiffar Kota Kinabalu: Fokus pada matlamat hidup antara rahsia kejayaan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dayang Irme Hafziany Awang Yusop, 33, antara usahawan bakeri dan kafe berjaya di negeri ini.

Lebih membanggak­an graduan Sarjana Muda Pendidikan itu mampu meraih pendapatan hingga RM4 juta setahun melalui perniagaan Kak Kiah Coffee House yang diusahakan bersama keluargany­a.

Ditemui dalam Program Jejak Alumni UMS, beliau menjelaska­n perniagaan itu dimulakan oleh ibunya pada 2008 dengan menjual kek secara kecil-kecilan.

“Ketika itu, penjualan dibuat dari rumah sahaja dan sekadar tertumpu di Papar. Ada ketikanya, kami berjual di bazaar untuk menampung perbelanja­an keluarga.

“Pada 2013, berbekalka­n kesabaran dan semangat, saya mula mengorak langkah mengembang­kan perniagaan ibu ke peringkat dengan memperkena­lkan ‘Cake in Jar’ di internet serta membuat penjualan secara tunai.

“Apabila permintaan semakin meningkat, saya membuka dan menjalanka­n perniagaan Kak Kiah Cake House dan juga Kak Kiah Coffee House. Kini, perniagaan ini bukan sahaja dijalankan oleh saya sendiri, malah bersama keluarga,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Keusahawan dan Kerjaya) Pusat Kerjaya dan Alumni UMS, Mohd Raffie Janau dan Ketua Bahagian Alumni, Mardena Jiwan.

Dayang Irme, berkata sebanyak empat cawangan Kak Kiah Cofee House dan satu kilang pemprosesa­n serta sebuah kios Kak Kiah Cake House beroperasi ketika ini.

“Kami juga berkongsi rezeki bersama 50 ejen di Sabah dengan memasarkan Kak Kiah Cake Freezer yang boleh didapati di premis terpilih di Sabah,” katanya sambil menambah cawangan di UMS akan beroperasi bulan hadapan.

Beliau berkata, impiannya ialah jenama Kak Kiah dikenali pada peringkat Asia lima hingga 10 tahun akan datang.

Sementara itu, Mohd Raffie berkata, program itu bertujuan menjejaki alumni UMS yang berjaya dalam kerjaya untuk mengekalka­n hubungan.

 ?? [Foto ihsan Alumni UMS] ?? Dayang Irme menerima cenderamat­a daripada Mohd Raffie sempena Program Jejak Alumni anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni UMS, di kedainya di Kota Kinabalu.
[Foto ihsan Alumni UMS] Dayang Irme menerima cenderamat­a daripada Mohd Raffie sempena Program Jejak Alumni anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni UMS, di kedainya di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia