Berita Harian

Srikandi BERSATU Sabah dekati generasi muda

-

Kota Kinabalu: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah peringkat bahagian dan cawangan diminta kerap turun padang dan mendekati orang muda untuk menambah keahlian parti itu.

Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata ini kerana generasi muda turut terbabit dalam proses demokrasi negara susulan pindaan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Susulan pindaan itu, katanya, dianggarka­n 7.8 juta pengundi baharu bakal mencorakka­n demokrasi di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Bagi melangkah lagi ke hadapan, Srikandi perlu terus membina kekuatan dengan menambah keahlian. Srikandi perlu menarik minat pengundi wanita untuk menyertai BERSATU.

“Dekati pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT), kumpulan wanita profesiona­l, wanita di pekan dan desa. Cari mereka yang berbakat untuk menyertai Srikandi,” katanya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Biro Politik yang pertama di sini.

Yang turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Amisah Yassin dan Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Azizah, yang juga Ahli Parlimen Beuafort, meminta semua ahli Srikandi sentiasa kukuhkan perpaduan dan meningkatk­an keupayaan untuk melaksanak­an gerak kerja parti dengan tersusun.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, dijangka melawat Beaufort untuk bertemu dengan ahli Srikandi BERSATU Sabah peringkat Zon 3, di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, pada 25 Ogos ini.

“Lawatan Datuk (Rina) ke Sabah juga adalah lawatan kerja sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) peringkat Zon Sabah bermula 22 hingga 25 Ogos ini di Kompleks Sukan Likas,” katanya.

Zon 3 merangkumi bahagian Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Bagi melangkah lagi ke hadapan, Srikandi perlu terus membina kekuatan dengan menambah keahlian. Srikandi perlu menarik minat pengundi wanita untuk menyertai BERSATU.

Azizah Mohd Dun, Ketua Srikandi BERSATU Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia