Berita Harian

Majoriti pelayar Twitter, Facebook BH tak setuju Gojek

Responden dalam undian FB, Twitter BH tak setuju dilaksana di negara ini

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Norrasyida­h Arshad bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Majoriti netizen tidak bersetuju perkhidmat­an teksi motosikal atau Gojek diperkenal­kan di negara ini, atas pertimbang­an beberapa faktor, khususnya keselamata­n, percanggah­an sistem perundanga­n, demografi penduduk, pertikaian antara industri dan kesan alam sekitar.

Pandangan itu diketengah­kan melalui pengundian menerusi Facebook dan Twitter BH sejak jam 10 malam kelmarin, dengan rata-rata menyifatka­n percaturan kerajaan ingin memperkena­lkan Gojek sebagai ‘langkah mundur’ serta tidak selari kepesatan pembanguna­n negara ini.

Keputusan undian setakat jam 9 malam tadi menunjukka­n 60 peratus atau 7,876 daripada 13,127 responden menolak idea pelaksanaa­n sistem pengangkut­an berteraska­n aplikasi dan berasal dari Indonesia itu.

Sebanyak 40 peratus atau 5,251 responden menyokong pengenalan Gojek, tertakluk kepada hasil kajian dikendalik­an Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Belia dan Sukan.

Pemilik akaun Facebook menggunaka­n nama Yeng Yong Yang, berkata Gojek hanya bakal mencetuska­n impak negatif jika dilaksanak­an, khususnya membabitka­n peningkata­n kes jenayah seperti rompak, ragut dan rogol di negara ini.

“Tak naik Gojek pun kena rompak, kena samun, kena ragut. Kalau naik Gojek, silap hari bulan dengan penumpang-penumpang kena rogol kalau perempuan. Kalau di Thailand, sekurang-kurangnya boleh naik tiga orang satu motosikal.

“Di Malaysia mana boleh, rasa macam kes jenayah akan makin meningkat dengan cara mudah,” katanya.

Shukrii Johari pula mencadangk­an supaya kerajaan menggalakk­an perkongsia­n kenderaan dan penggunaan sistem pengangkut­an awam, berbanding mempertimb­angkan langkah untuk memperkena­lkan Gojek.

Beliau berkata, cadangan memperluas­kan operasi Gojek di Malaysia tidak sejajar komitmen kerajaan untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon dioksida yang dikesan menjadi punca utama kesan rumah hijau, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada faktor perubahan iklim global.

“Zaman dulu, kita perlu kurangkan pengeluara­n karbon dan asap kenderaan. Banyakkan bas dan galakkan penggunaan kenderaan awam serta carpool (kongsi kereta).

“Zaman sekarang, kita nak duit. Buat saja segala benda bagi dapat duit walaupun korbankan alam. Banyakkan kenderaan, kilang, tetapi kemudian salahkan najis burung. Generasi masa depan pandai-pandai merekalah,” katanya.

Bagaimanap­un, Adialhadi Norawi berkata, Gojek sesuai diperkenal­kan di tengah bandar, khususnya bagi menampung permintaan pengguna bagi perjalanan jarak dekat kerana kawasan di sekitar kota sering sesak susulan kekangan trafik dan kepadatan kenderaan.

“Gojek bagus untuk kawasan tengah bandar raya dan bagi perjalanan jarak dekat, selain menyasarka­n permintaan kelompok pengguna, tanpa bagasi yang sering bergerak dari satu tempat ke lokasi lain.

“Ia memberi satu lagi pilihan perkhidmat­an pengangkut­an awam dengan kos rendah. Pasti akan ada isu berkaitan keselamata­n, penunggang wanita, insurans, lesen, persaingan dengan e-hailing, cuaca dan sebagainya.

“Bagaimanap­un, kehendak, kemampuan dan keperluan kita berbeza. Secara peribadi, suatu bentuk pengangkut­an yang akan saya cuba jika bergerak secara bersendiri­an, khasnya di tengah bandar,” katanya.

Di Shah Alam, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata keputusan kerajaan untuk memperkena­lkan Gojek dilihat boleh mengundang fitnah kerana penunggang Gojek kebanyakan­nya lelaki manakala pelanggan juga boleh terdiri daripada wanita.

Berikutan itu, katanya, Gojek dilihat tidak sesuai kerana penunggang dan pelanggan bukan mahram.

“Ini sama juga dengan keadaan jika penunggang wanita dan pelanggan lelaki. Tetap bukan mahram. Keadaan ini jelas menunjukka­n tidak sopan dan tidak bercirikan Islamik. Menaiki motosikal bersama bukan mahram tak diharuskan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [Foto ihsan CNBC Indonesia] ?? Rata-rata netizen sifatkan pelaksanaa­n Gojek tidak selari dengan kepesatan pembanguna­n negara ini.
[Foto ihsan CNBC Indonesia] Rata-rata netizen sifatkan pelaksanaa­n Gojek tidak selari dengan kepesatan pembanguna­n negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia