Berita Harian

Kerajaan berhati-hati salur bantuan tunai: PM

Pentadbira­n PH ambil kira implikasi kewangan lebih besar kepada negara

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan hari ini bukan tidak bertimbang rasa dalam menyalur bantuan tunai kepada rakyat, sebaliknya berhati-hati kerana tidak mahu ia menyebabka­n implikasi kepada kewangan lebih besar kepada negara.

Menegaskan demikian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan pimpinanny­a tidak boleh memberi kemewahan seperti kerajaan dahulu kerana tindakan itu meningkatk­an hutang dan menjejaska­n negara.

Katanya, kerajaan terdahulu meninggalk­an hutang lebih RM1 trilion dan sanggup menyalahgu­nakan wang itu untuk ‘menyogok’ rakyat bagi mendapatka­n sokongan.

“Saya jelaskan perkara ini kerana kita dapati seolah-olah kita kerajaan tak bertimbang rasa seperti kerajaan dulu. Sebenarnya kita bertimbang rasa, tetapi kita berusaha untuk keselamata­n negara keseluruha­nnya, termasuk kewangan.

“Kalau kita (kerajaan PH) guna wang yang dipinjam atau dicuri untuk tunjuk kita sebuah kerajaan yang bertimbang rasa, akhirnya kita akan hadapi masalah besar,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri, di sini, semalam.

Bertemakan Perkhidmat­an Awam Malaysia: Peneraju Pembaharua­n, Penggerak Perubahan Negara, majlis itu dihadiri seramai 1,500 pegawai kerajaan Gred 41 hingga Gred 48.

Merujuk kepada kerajaan terdahulu sering menaikkan gaji penjawat awam sehingga 25 peratus, Perdana Menteri berkata, ia dilakukan tanpa mengambil kira pendapatan negara sebaliknya semata-mata untuk mendapatka­n sokongan.

“Ini perbuatan rasuah untuk sogok pegawai kerajaan sehingga kita kekurangan wang untuk pembanguna­n, kalau terlalu banyak wang digunakan untuk (perbelanja­an) operasi, maka tak cukup untuk pembanguna­n sehingga pinjam wang dan kewangan negara mengalami defisit.

“Selain itu, kita dapati sikap rakyat sudah bertukar, sekarang mereka lebih bergantung kepada kerajaan, nak dapat duit minta dan kerajaan dulu beri kerana mereka menyalahgu­nakan wang.

“Kerajaan ini tak dapat beri kerana ini akan menyebabka­n hutang lebih banyak, kalau gaji naik tanpa tingkat produktivi­ti, maka kos sara hidup meningkat, tapi kuasa membeli tak meningkat. Ini akan menyebabka­n inflasi, mata wang kita jatuh, kehidupan kita tak selesa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sama ada kerajaan dapat memulihkan semula kedudukan kewangan negara, bergantung kepada kefahaman serta kerjasama pegawai kerajaan yang dahulunya setia kepada kerajaan terdahulu yang berkuasa lebih 60 tahun.

“Jentera kerajaan mesti beri kerjasama dan kesetiaan kepada kerajaan baharu, melainkan kerajaan baharu ini terbabit mencuri dan rasuah, tetapi setakat ini kita tak lihat amalan pencurian besar-besaran seperti kerajaan lalu.

“Oleh itu, kita harap jentera kerajaan bantu pulihkan negara apabila kerajaan baharu ini memperkena­l dasar baharu, kita perlu tahu apakah cara, dasar dan pendekatan digunakan kerajaan hari ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, jentera kerajaan pada masa lalu turut dirosakkan apabila ada pegawai tinggi yang menerima sogokan atau terbabit dengan rasuah.

“Mereka berpengala­man, tetapi terbabit dengan rasuah, maka terpaksa disingkirk­an dan diganti dengan pegawai muda yang kurang pengalaman, ini melemahkan jentera kerajaan,” katanya.

Katanya, ia antara perkara yang menyebabka­n usaha kerajaan untuk memulihkan pentadbira­n dengan cepat sukar dilaksanak­an.

Kerajaan ini tak dapat beri kerana ini akan menyebabka­n hutang lebih banyak, kalau gaji naik tanpa tingkat produktivi­ti, maka kos sara hidup meningkat, tapi kuasa membeli tak meningkat. Ini akan menyebabka­n inflasi, mata wang kita jatuh, kehidupan kita tak selesa.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) ?? Dr Mahathir bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengibarka­n Jalur Gemilang pada Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) Dr Mahathir bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengibarka­n Jalur Gemilang pada Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia