Berita Harian

Penyusunan semula perkukuh pentadbira­n

-

Kuala Lumpur: Selepas lebih setahun Kabinet diterajui Pakatan Harapan (PH), akhirnya buat kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan penyusunan semula membabitka­n pertukaran portfolio beberapa menteri.

Menurut sumber, pertukaran itu dijangka diumumkan Rabu depan setelah Perdana Menteri mengadap Yang di-pertuan Agong bagi mendapat perkenan.

Langkah menukarkan portfolio itu dilihat bagi mengukuhka­n pentadbira­n kerajaan kerana kebanyakan menteri yang dilantik sejak PH memerintah Mei 2018, tidak berpengala­man selain mengambil kira latar belakang dan pencapaian menteri yang terbabit.

Menurut sumber, beberapa menteri akan terbabit dengan pertukaran portfolio itu. Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dijangka akan dipecahkan bidang bidang kuasanya seperti Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, (ICU) untuk diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ini memungkink­an kementeria­n yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih fokus kepada pembanguna­n dan kemajuan syarikat berkaitan kerajaan seperti PETRONAS, FELDA, FELCRA dan RISDA.

Desas-desus sejak malam kelmarin menyebut bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bakal dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri khusus untuk menjaga ICU, namun usaha membawa masuk beliau kembali ke Kabinet dinafikan Dr Mahathir semalam.

Sumber lain pula memberitah­u Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar kemungkina­n besar akan diserahkan kepada menteri dari Sabah atau Sarawak.

Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa sejak PH memerintah dan setiap kali khabar angin mengenai rombakan Kabinet bertiup, kedua-dua negeri itu memang melobi supaya kementeria­n ini diterajui wakil mereka supaya jurang kemajuan antara kedua-dua negeri itu dapat dirapatkan dengan pembanguna­n negeri di Semenanjun­g.

Faktor menteri sedia ada yang bukan mewakili rakyat luar bandar dilihat sebagai faktor utama mengapa beliau dipindahka­n ke kementeria­n lain.

Menurut sumber itu lagi, ada kemungkina­n Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dipindahka­n ke Kementeria­n Wilayah Persekutua­n kerana beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa yang terletak di ibu kota.

Calon yang disebut-sebut menggantik­an Rina adalah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Difahamkan, ketika proses perbincang­an pembentuka­n Kabinet pada Mei 2018, WARISAN sememangny­a sangat berminat dengan portfolio berkenaan.

 ??  ?? Rina Harun
Rina Harun
 ??  ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 ??  ?? Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
 ??  ?? Darell Leiking
Darell Leiking

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia