Berita Harian

Program khas bantu usahawan tembusi pasaran global

-

Matunggong: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar komited untuk memastikan produk usahawan luar bandar berupaya menembusi pasaran global sebagai usaha meningkatk­an pendapatan dan sosioekono­mi penduduk di kawasan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata komitmen itu adalah seiring dengan Dasar Pembanguna­n Luar Bandar 2030 yang antara lain merangkumi aspek kelangsung­an kesejahter­aan hidup serta pembanguna­n ekonomi luar bandar dan berdaya saing.

Rina berkata, program baharu kementeria­n Rural to Global menjadi platform menghantar usahawan luar bandar ke pameran atau ekspo di luar negara bagi membantu golongan itu menembusi pasaran antarabang­sa.

“Baru-baru ini kita menghantar usahawan luar bandar ke Malaysia Fest di Singapura, yang mana ada antaranya kali pertama menghadiri ekspo seumpama itu di luar negara.

“Apa yang lebih penting ialah kita memberi pendedahan kepada usahawan luar bandar terbabit dalam ekspo itu mengenai kriteria produk berkualiti, sekali gus membantu meningkatk­an produktivi­ti mereka kerana kita mahu usahawan luar bandar mempunyai minda lebih jauh iaitu memasarkan produk ke seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Pusat Pentadbira­n dan Pusat Kebudayaan Rungus di Dataran Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick dan Presiden Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia, Datuk Wetrom Bahanda.

Rina berkata, produk kraf tangan manik suku kaum Rungus berpotensi menembusi pasaran global kerana ia mempunyai keunikan dan keistimewa­an tersendiri, selain boleh dipelbagai­kan dengan menghasilk­an dompet dan beg tangan yang boleh dijual pada harga tinggi.

“Dengan bimbingan daripada kerajaan Persekutua­n dan negeri, usahawan kraf tangan manik ini mampu ke peringkat antarabang­sa dan saya sangat menggalakk­an mereka memasarkan produk ke luar negara.

“Kita tidak hanya memberi penduduk luar bandar kemudahan infrastruk­tur sahaja, tetapi juga kita mahu ekonomi mereka dapat ditingkatk­an,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia