Berita Harian

Kaji semula kempen pencegahan dadah

-

Kuala Lumpur: Majlis Sosial Negara semalam memutuskan untuk mengkaji semula keberkesan­an kempen pencegahan dadah dalam kalangan remaja dengan menjurus ke arah menangani punca penagihan dari segi sosial.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, itu juga bersetuju dengan cadangan menggubal satu akta baharu yang lebih inklusif dan komprehens­if untuk menangani isu gelandanga­n dan pengemisan dengan mengambil kira kuasa dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kerajaan negeri dan kerajaan Persekutua­n.

Turut dipersetuj­ui dalam mesyuarat itu ialah pelaksanaa­n program rintis Exocamp (Explore, Experience, Extreme and Organise oleh Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) serta penambahba­ikan kerjasama antara KBS dan PBT untuk menyediaka­n intervensi jangka masa panjang di kawasan perumahan bagi menangani isu gejala sosial di kalangan remaja.

“Mesyuarat juga mengambil maklum dan bersetuju dengan empat kertas makluman yang telah dibentangk­an iaitu Perkongsia­n Data berkaitan Isu Pembuangan Bayi oleh Kementeria­n Dalam Negeri serta Transforma­si Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) oleh Kementeria­n Sumber Manusia (KSM),” menurut kenyataan majlis itu semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut menyentuh mengenai pembanguna­n negara berasaskan prinsip Kemakmuran Bersama yang telah disampaika­n menerusi perutusan perdana oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 9 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan pelaburan ke atas intervensi isu-isu sosial harus dijadikan prioriti kerajaan sekiranya ingin Malaysia membangun daripada semua aspek.

“Selain penambahba­ikan dasar dan pelaksanaa­n intervensi melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pelaburan melalui perjawatan yang kukuh serta peruntukan yang mencukupi juga adalah amat penting,” menurut kenyataan itu.

Majlis Sosial Negara ditubuhkan sebagai jentera pelaksana Dasar Sosial Negara yang juga dasar payung merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembanguna­n sosial negara.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia