Berita Harian

Syor lebar, panjang Tambak Johor

Jawatankua­sa dipengerus­ikan PM turut cadang besarkan kompleks CIQ bagi kurang kesesakan

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Putrajaya: Melebar dan memanjangk­an Tambak Johor adalah antara syor yang dibincang dan diperhalus­i Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, kelmarin.

Mesyuarat berkenaan turut bersetuju memperhalu­si beberapa syor lain yang dibangkitk­an oleh ahli Jawatankua­sa Khas, antaranya membina laluan pejalan kaki berbumbung, membina laluan kapal dan membesarka­n kompleks pintu masuk sedia ada di Tambak Johor.

Mesyuarat kelmarin juga adalah kali pertama diadakan selepas Jemaah Menteri memutuskan supaya satu Jawatankua­sa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor ditubuhkan pada 20 Jun lalu.

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan semalam, berkata, kementeria­n itu dipertangg­ungjawabka­n sebagai Urus Setia Jawatankua­sa Khas itu, manakala Pasukan Petugas Khas ditubuhkan di peringkat Negeri Johor dibubarkan.

Katanya, ia berikutan pembentang­an Nota Jemaah Menteri (NJM) oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertajuk Inisiatif Pelaksanaa­n Bagi Mengurangk­an Kesesakan Di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.

“Ia merangkumi pelaksanaa­n inisiatif secara jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangk­an senario kesesakan teruk yang masih berlarutan di pintu masuk terbabit.

“Semua inisiatif pelaksanaa­n yang telah dikenal pasti adalah hasil dapatan melalui sesi libat urus seperti bengkel, perbincang­an dan mesyuarat penyelaras­an pada peringkat kementeria­n, jabatan dan agensi berkaitan,” kata kenyataan itu.

Menurut KDN, mesyuarat mengambil maklum tiga kertas pembentang­an berkaitan isu kesesakan dan cabaran pengurusan di kedua-dua pintu masuk di Tambak Johor, termasuk isu dari perspektif Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kenyataan itu juga menyatakan, berdasarka­n pembentang­an, mesyuarat itu mempertimb­ang dan memutuskan agar KDN menjadi pengurus bangunan BSI dan KSAB, selain mewujudkan Jawatankua­sa Kecil dianggotai beberapa menteri serta wakil kerajaan Johor, yang dipengerus­ikan Menteri Dalam Negeri.

Ini katanya, untuk menyusuli dan memperhalu­si inisiatif yang disyorkan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor.

“Antara inisiatif segera akan dipertimba­ng dan diperakuka­n bagi menangani kesesakan di kedua-dua pintu masuk itu adalah meluluskan peruntukan khas dan tambahan bagi BSI dan KSAB serta menubuhkan badan tunggal mengawal sempadan negara dan pintu masuk, termasuk pelabuhan (Single Border Agency).

“Selain itu, mengecuali­kan dasar kawalan pengisian bagi perjawatan di pintu masuk kepada pengisian penuh dan mengadakan kajian bagi mengenal pasti isu, cabaran dan hala tuju untuk keperluan kapasiti penggunaan masa hadapan,” katanya.

Ia merangkumi pelaksanaa­n inisiatif secara jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangk­an senario kesesakan teruk yang masih berlarutan di pintu masuk terbabit.

 ?? (Foto hiasan) ?? Syor melebar dan memanjangk­an Tambak Johor dibincang dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di Kompleks CIQ Johor Bahru.
(Foto hiasan) Syor melebar dan memanjangk­an Tambak Johor dibincang dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di Kompleks CIQ Johor Bahru.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia