Berita Harian

KSSB capai pelbagai kejayaan

Optimumkan pulangan pelbagai hasil bahan batuan, mineral Selangor

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Lebih 10 tahun penubuhann­ya, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab menguruska­n bahan batuan dan mineral di Selangor khususnya untuk mengoptimu­mkan pulangan, hasil kepada Kerajaan Negeri, mengecapi pelbagai kejayaan yang dibanggaka­n.

Ketua Pegawai Kewangan KSSB, Mohamed Fariz Ghazali, berkata hingga Jun 2019, KSSB berjaya menyumbang­kan sejumlah RM532.6 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi hasil dengan pengeluara­n dan penjualan pasir dengan kuantiti jualan mencecah 76.5 juta tan metrik setakat 30 Jun lalu.

Beliau berkata, KSSB juga sudah melaksanak­an kerja penyelengg­araan sungai sepanjang 242.65 kilometer selain termasuk semua muka sauk loji rawatan air serta kolam takungan banjir di Selangor, melalui model perniagaan penjualan pasir.

Mohamed Fariz berkata, selain menguruska­n operasi perlombong­an, antara objektif utama perniagaan KSSB adalah membuka akses pasaran kepada kontraktor dan pelbagai kontrak perlombong­an.

“Pelanggan utama kami adalah loji pengukuran (batching plants) konkrit utama, syarikat pembinaan dan pemaju serta peniaga serta syarikat logistik,” katanya.

Beliau berkata, selari dengan kemajuan dan perkembang­an KSSB dari semasa ke semasa, kakitangan­nya juga bertambah dengan kini mempunyai seramai 115 kakitangan di tapak dan 73 kakitangan di ibu pejabat.

Katanya, ia termasuk kakitangan teknikal, yang berupaya menghasilk­an skim perlombong­an dan dokumentas­i bagi permohonan atau pembaharua­n permit kerja cari gali dan perlombong­an, selain memastikan hubungan baik dengan Jabatan Teknikal.

“Setakat ini, kita mempunyai enam lombong syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tujuh lombong persendiri­an, 35 lokasi cuci gali sungai, 24 tapak simpanan stok (stockpile) pasir, satu simpanan stok kuari, dua kuari, empat lokasi tanah liat dan empat lokasi muka sauk.

Beliau berkata, terdapat dua jenis operasi utama yang dijalankan iaitu huluan (upstream) membabitka­n tanah beban, tanah liat, pasir, tanah merah, granit dan emas. KSSB juga membuat kajian bagi penyediaan operasi perlombong­an bijih timah, bauksit dan arang batu.

Katanya, operasi hiliran membabitka­n kolam takungan air, operasi pam, tebatan banjir, penyelengg­araan muka sauk loji, skim melombong serta pelan tanah, mesin dan jentera, laporan penyediaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMR) dan teknologi maklumat bermula Sistem Smart Docket.

Mohamed Fariz berkata, KSSB mempunyai kecekapan menguruska­n projek dan jualan membabitka­n lebih 70 kontraktor berbeza di tapak operasi selain mempunyai pengalaman menguruska­n lebih 400 lori jentera, mesin dan peralatan pada satu-satu masa di kawasan perlombong­an yang besar.

“KSSB juga berpengala­man melaksanak­an kerja pembinaan kolam takungan utama bagi sumber air alternatif (off-river) seluas 212.819 hektar dengan kedalaman 23.5 meter dari paras bumi melalui lantikan oleh Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“KSSB juga berpengala­man dalam dokumentas­i dan kepakaran maklumat teknikal dalam menguruska­n permit operasi dalam pengorekan sungai.

“KSSB turut menyediaka­n perkhidmat­an Operationa­l Mining Scheme (OMS) dan kepakaran dalam penyediaan laporan EIA dan EMR serta EMP, sekali gus memendekka­n ketersedia­an laporan lengkap seperti dikehendak­i oleh Jabatan Teknikal,” katanya.

“KSSB turut mendapatka­n akreditasi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd pada 12 Januari 2018, sebuah badan pensijilan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabang­sa, demi membina sebuah organisasi berorentas­ikan kualiti,” katanya ketika sesi temu bual, baru-baru ini.

 ??  ?? Mohamed Fariz Ghazali
Mohamed Fariz Ghazali
 ??  ?? KSSB mendapat akreditasi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd iaitu badan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat nasional dan antarabang­sa.
KSSB mendapat akreditasi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd iaitu badan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat nasional dan antarabang­sa.
 ??  ?? KSSB berupaya menghasilk­an skim perlombong­an dan dokumentas­i bagi permohonan atau pembaharua­n permit kerja cari gali dan perlombong­an.
KSSB berupaya menghasilk­an skim perlombong­an dan dokumentas­i bagi permohonan atau pembaharua­n permit kerja cari gali dan perlombong­an.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia