Berita Harian

Syarikat perluas operasi ke luar Selangor

-

Shah Alam: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengorak langkah dengan meluaskan dan menambah baik operasi dengan agresif sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Kewangan KSSB, Mohamed Fariz Ghazali, berkata sehingga kini, KSSB telah mempelopor­i perniagaan pasir, kuari, tanah liat, tanah beban dan tanah merah di kawasan seluas kira-kira 1,525.058 hektar (3768.58 ekar) di Selangor.

“KSSB juga kini mampu menyediaka­n skim melombong, laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMR) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP).

“Pada akhir 2017, KSSB mengembang­kan operasi perniagaan ke negeri lain iaitu di Kelantan sebelum mengintai peluang di negeri dan negara lain.

“KSSB juga berjaya melaksanak­an transaksi eksport pasir yang pertama pada Oktober 2018,” katanya.

Mohamed Fariz berkata, di Kelantan, KSSB mempunyai pasukan ekplorasi khas untuk mineral lain contohnya, bijih timah, bauksit dan lain-lain. Sebagai permulaan, KSSB melaksanak­an lesen carigali mineral di sebelah Pantai Timur.

Di Selangor, pihak KSSB mengintai peluang potensi perlombong­an bijih timah dan bauksit.

“KSSB juga telah dijemput untuk menjalanka­n operasi pengorekan sungai di Sungai Kelantan membabitka­n syarikat swasta pada skala yang besar untuk tujuan eksport.

“KSSB masuk ke Kelantan susulan banjir pada 2014, yang menyebabka­n Sungai Kelantan cetek. Jadi, kita bawa peralatan kita untuk operasi itu, tetapi setakat ini kita tak jual, cuma korek sahaja sehingga mendapat permit daripada pihak berkuasa.

“Tujuan utama pengorekan sungai adalah untuk penjualan pasir tetapi pada masa sama, ia bertujuan mendalamka­n sungai mengelakka­n banjir,” katanya.

Beliau berkata, proses kelulusan permit dan operasi pengorekan dikawal ketat di Selangor, termasuk tidak menggunaka­n pontun sebarangan dan peralatan itu hanya dibenarkan beroperasi di sungai bersaiz besar sahaja.

Biarpun perniagaan utamanya adalah perlombong­an batuan dan sumber mineral, Mohamed Fariz berkata, KSSB juga mulai meninjau industri teknologi maklumat (IT) melalui pembanguna­n pertama yang dikenali Smart Docket.

“Kita perlu menggunaka­n IT untuk memantau operasi penjualan bahan batuan dan mineral doket. Sebab itu, kita lancarkan Smart Docket, bagi mengawal lori yang keluar masuk menggunaka­n sistem elektronik dan capaian yang mana pemantauan, laporan jualan adalah secara terus ‘online’ dan penguatkua­saan yang lebih efektif dengan integrasi kepada aplikasi khas di telefon bimbit.

“Apabila kita melalui pelbagai proses kelulusan memperoleh permit, proses agak mengambil masa dan kita lihat peringkat perusahaan pengeluara­n bahan batuan ini akan banyak berlaku ketirisan sekiranya mana-mana tapak lambat mendapat kelulusan permit.

“Kita sedang membangunk­an proses yang mempercepa­tkan proses kelulusan permit. Kita banyak berurusan dengan pelbagai Jabatan Teknikal dan Pejabat Tanah, jadi kita mempunyai pengalaman dan pengetahua­n untuk menyediaka­n sistem yang boleh berintegra­si untuk mendapat tempoh kelulusan yang lebih efektif dan efisen kelulusan, yang lebih berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia