Berita Harian

Rakan ditembak, ramai terseksa kezaliman komunis

Bekas komando geram, sedih segelintir pihak tak hargai pengorbana­n tentera

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

Sungai Petani: Marah, geram dan sedih. Itu perasaan yang terbuku di hati bekas komando, Ahmad Md Isa yang melihat rakan seperjuang­an maut ditembak komunis sekitar 1950.

Ahmad yang bakal berusia 93 tahun pada 31 Disember ini berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau berkhidmat dengan Askar Melayu di Pahang ketika mereka dalam perjalanan menaiki trak tentera ke satu lokasi.

“Komunis suka pukul curi, dalam kejadian itu mereka menyasarka­n pegawai pemerintah iaitu warga British, tetapi tembakan itu tersasar dan mengenai rakan saya.

“Ketika itu, kami seramai empat lima orang cukup marah, geram dan sedih. Kami turun dari trak untuk berhadapan mereka, namun tiada kerana komunis sudah melarikan diri,” katanya ditemui di kediamanny­a di Taman Bakar Arang, di sini.

Ahmad yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1946 hingga 1968 mengakui komunis cukup kejam dan tidak berperikem­anusiaan.

“Saya menyertai tentera selepas Jepun menyerah kalah, suasana aman sehingga tercetusny­a huru-hara hingga darurat pada 1948 dan saya ditugaskan ke Chenderoh serta Sungai Siput, Perak.

“Komunis bakar kilang dan mereka terbalikka­n kereta api dengan niat menjatuhka­n ekonomi Tanah Melayu. Keadaan waktu itu cukup huru-hara.

“Orang awam dalam ketakutan, mereka nak salur maklumat kepada kita tetapi takut diseksa komunis, tetapi jika tak beri maklumat pun, mereka tetap diseksa komunis juga. Akhirnya mereka jadi serba salah,” katanya.

Suami kepada Zainab Hashim, 76, yang mempunyai lima anak, 14 cucu dan 15 cicit ini juga tidak dapat melupakan kejadian dua anggota komunis mencuri kepala kereta api di Triang, Pahang.

“Kami ditugaskan menjaga laluan kereta api dari Triang ke Mengkuang. Ketika pemandu memisahkan kepala kereta api dengan badan, dia diserang dua anggota komunis.

“Mereka meminta pemandu kereta api itu mengajar cara membawa kereta api sebelum mereka melarikan diri dengan kepala kereta api berkenaan, manakala pemandu dilepaskan,” katanya.

Ahmad yang menamatkan khidmatnya sebagai komando dengan pangkat Sarjan berkata, beliau kecewa dan sedih melihat rakyat Malaysia tidak menghargai pengorbana­n tentera.

“Saya sedih apabila ada pihak mengatakan askar hanya makan dan tidur saja. Jika tahun 50-an mereka cakap seperti ini, sudah pasti mereka dikerjakan askar itu sendiri,” katanya.

 ?? [Foto Muhammad Mustakim Ramli/bh] ?? Ahmad menunjukka­n pingat yang diterima British ketika berkhidmat dalam ATM. dari Kerajaan Malaysia dan
[Foto Muhammad Mustakim Ramli/bh] Ahmad menunjukka­n pingat yang diterima British ketika berkhidmat dalam ATM. dari Kerajaan Malaysia dan
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit Kulai mengibarka­n Jalur Gemilang pada Perasmian Program Mymerdeka Sayangi Malaysiaku di Skudai, semalam.
(Foto BERNAMA) Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit Kulai mengibarka­n Jalur Gemilang pada Perasmian Program Mymerdeka Sayangi Malaysiaku di Skudai, semalam.
 ?? (Foto Hassan Omar BH) ?? Penduduk Kampung Permatang Hilir, Kuala Sungai Baru Melaka menghias pintu gerbang di halaman rumah dengan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaa­n.
(Foto Hassan Omar BH) Penduduk Kampung Permatang Hilir, Kuala Sungai Baru Melaka menghias pintu gerbang di halaman rumah dengan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaa­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia