Berita Harian

MAHB kena perjelas gangguan sistem KLIA

Laporan terkini masalah teknikal di dua terminal sejak malam kelmarin belum diperoleh

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Seremban: Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi penjelasan berhubung masalah gangguan sementara sistem yang berlaku di dua terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Beliau berkata, walaupun sudah mengetahui mengenai perkara itu, tetapi MAHB perlu mengeluark­an maklumat terkini mengenai gangguan sistem itu kerana laporan lengkap mengenainy­a belum diterima setakat ini.

“Saya tahu mengenai masalah yang berlaku itu. Jadi saya meminta maaf atas kesulitan dan meminta MAHB mengeluark­an maklumat terkini mengenai situasi yang dialami,” katanya pada sidang media selepas Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panchor di sini, semalam.

Sementara itu, MAHB mengerahka­n 500 petugas membantu memastikan operasi di KLIA terkawal dan lancar walaupun menghadapi masalah teknikal sejak malam kelmarin yang berpunca daripada mesin pelayan KLIA hingga menyebabka­n kemudahan Wifi, paparan maklumat penerbanga­n balai pelepasan serta kaunter daftar masuk bagasi terganggu.

Tinjauan BH mendapati, MAHB turut meletakkan Ambassador Care di beberapa kawasan tumpuan untuk membantu melancarka­n perjalanan di lapangan terbang berkenaan.

Pengurus Khidmat Pelanggan Malaysia Airport Sepang Sdn Bhd, Rosmawati Mohamad Saufi, berkata walaupun kejadian itu kali pertama berlaku di KLIA, mereka berjaya mengawal keadaan.

“Kebanyakan Ambassador Care yang diletakkan di lapan kawasan tumpuan mempunyai bahasa ketiga seperti bahasa Jerman, Perancis, Arab, Mandarin dan Tamil.

“Jadi ia secara tidak langsung memudahkan mereka membantu pelancong yang inginkan bantuan.

“Antara soalan ditanya kepada petugas ialah di mana mereka perlu mendaftar masuk dan waktu penerbanga­n mereka kerana maklumat itu tiada pada paparan maklumat penerbanga­n,” katanya ketika ditemui di KLIA, di sini, semalam.

Pelancong dari Iran, Mahdi Ebadi, 32, berkata walaupun terdapat sedikit gangguan, ia tidak memberi masalah kepadanya kerana segala maklumat diperlukan boleh ditanya kepada petugas Ambassador Care.

“Petugas di KLIA amat membantu dan layanan diberikan juga mesra,” katanya.

MAHB dalam satu kenyataan memaklumka­n 20 penerbanga­n mengalami kelewatan dan pihaknya giat membaiki sistem pelayan berkenaan, selain menasihatk­an orang ramai datang ke lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas.

“Kami akan mengeluark­an maklumat terkini mengenai situasi, sama ada melalui platform media sosial MAHB atau kenyataan media dan sebarang masalah atau maklumat lanjut, boleh menghubung­i Ambassador Care Airport MAHB atau hubungi 0387762000,” katanya.

BERNAMA pula melaporkan setakat jam 10.30 malam tadi, 64 penerbanga­n dilaporkan ditangguh di terminal utama KLIA iaitu penerbanga­n ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong.

 ??  ??
 ?? [Foto Hasriyasya­h Sabudin/bh] ?? Anthony bersama guru dan pelajar mengibarka­n Jalur Gemilang pada Program Kibar Jalur Gemilang peringkat Parlimen Seremban di SMK Panchor, semalam.
[Foto Hasriyasya­h Sabudin/bh] Anthony bersama guru dan pelajar mengibarka­n Jalur Gemilang pada Program Kibar Jalur Gemilang peringkat Parlimen Seremban di SMK Panchor, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia