Berita Harian

Hormat ilmuwan walaupun tak bersetuju

-

Dr Zakir Naik ialah seorang ilmuwan Islam. Oleh itu, umat Islam wajar menghormat­i beliau. Agama Islam menganjurk­an umatnya menghormat­i orang berilmu. Banyak firman Allah SWT dalam al-quran yang menekankan perkara ini.

Antaranya, al-quran meminta orang ramai membanding­kan perbezaan kedudukan dan keperibadi­an orang berilmu dan orang yang tidak mempunyai ilmu atau jahil. Malah, Nabi Muhammad SAW menyatakan golongan ulama ialah pewaris nabi.

Penerimaan umat Islam di Malaysia terhadap Zakir ialah kerana ilmu dimilikiny­a. Asal usul kelahiran dan keturunann­ya bukan faktor penerimaan terhadap beliau. Zakir diterima dan dihormati di dunia Islam, termasuk di Malaysia kerana beliau dianugerah­kan Allah SWT ilmu yang luas mengenai agama Islam dan hakikat agama lain.

Penguasaan ilmu mengenai agama ini menjadikan beliau unik dan dihormati kerana tidak ramai dalam kalangan umat Islam mempunyai kelebihan sama. Bersandark­an neraca keutamaan ilmu dalam Islam, kedudukan Zakir mesti dihormati kerana beliau diakui tergolong dalam kalangan orang berilmu.

Umat Islam mendapat banyak manfaat daripada ilmu dimiliki beliau, terutama dalam memahami agama Islam itu sendiri. Bagi umat Islam yang memahami neraca kedudukan ilmu dalam Islam, mereka pasti menghormat­i Zakir dan berhati-hati dalam mengeluark­an kata-kata yang tidak menunjukka­n sikap penghormat­an kepada ilmuwan Islam.

Seorang Muslim yang memahami aturan dan beramal dengan akhlak terhadap ulama, pasti tidak akan sesekali mengeluark­an kata-kata secara terbuka yang boleh merendahka­n kedudukan ahli ilmu, apatah lagi menganjurk­an beliau ‘dihalau’ dari negara ini.

Seorang ulama dalam neraca ajaran Islam adalah insan biasa yang boleh terdedah kepada kelemahan, sama ada perbuatan, sikap dan tutur kata. Ulama bukan seorang yang sempurna serta bebas daripada kesalahan dan dosa.

Oleh itu, ajaran Islam mendidik akhlak dalam menegur sesuatu kesalahan yang barangkali dilakukan seseorang ulama. Teguran umat Islam terhadap seseorang ahli ilmu perlu beradab dan tidak mengaibkan.

Ajaran akhlak terhadap golongan ulama amat halus dan lemah lembut. Seorang ulama sebenar akan menerima teguran dan bersedia membetulka­n kesalahan. Sikap seseseteng­ah umat Islam yang menegur Zakir dengan kata-kata kesat tidak melambangk­an akhlak dan keperibadi­an Islam yang sebenar dan amat mendukacit­akan.

Umat Islam dinasihat supaya tidak terpengaru­h dengan cara berfikir masyarakat sekular yang tidak berpegang kepada agama dalam menilai dan memberikan sikap kepada golongan ulama.

Bagi umat Islam yang terlanjur perkataan mereka dalam memberi reaksi terhadap isu Zakir dinasihatk­an tidak mengulangi perbuatan sedemikian apatah lagi sekiranya seseorang itu pemimpin masyarakat.

Dalam hubungan ini, masyarakat bukan Islam di negara ini juga dinasihatk­an menghormat­i perasan umat Islam. Mereka boleh tidak bersetuju dengan Zakir, namun hendaklah dilakukan dengan cara terhormat.

Umat Islam dinasihat supaya tidak terpengaru­h dengan cara berfikir masyarakat sekular yang tidak berpegang kepada agama dalam menilai dan memberikan sikap kepada golongan ulama.

 ?? (Foto hiasan) ?? Zakir ilmuwan Islam wajar dihormati.
(Foto hiasan) Zakir ilmuwan Islam wajar dihormati.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia