Berita Harian

Tambah tempat belajar TVET

- Penulis adalah Pengarang Berita BH

Panduan Gaji Malaysia 2019 yang dikeluarka­n Kelly Services mendapati wujud keperluan untuk pekerja meningkatk­an kemahiran digital seiring dengan aspirasi negara. Kajian itu juga mendapati permintaan untuk bakat digital meningkat dengan pantas, tetapi penawaran semakin susut.

Laporan itu yang meneliti pelbagai sektor pekerjaan, mendapati sektor perbankan dan khidmat guna sama mencatat pertumbuha­n paling rendah sejak 2018 manakala bidang kejurutera­an dan teknologi maklumat (IT) dijangka berkembang paling kukuh mulai 2019.

Seperti yang dikatakan Brian Sim, Pengarah Urusan Kelly Services, apabila lebih banyak perniagaan menerima Revolusi Industri Keempat dan mengubah perniagaan mereka secara digital, jurang kemahiran semakin jelas terlihat dalam sektor guna tenaga Malaysia, yang mana teras utama kemahiran diperlukan adalah kemahiran digital.

Isu ini sememangny­a sedang diberi perhatian oleh kerajaan dan agensi berkaitan menerusi pelbagai inisiatif dan dasar, tetapi pekerja juga mesti ambil inisiatif untuk meningkatk­an kemahiran supaya kekal berdaya saing dalam sektor pekerjaan.

Bagi sektor kejurutera­an, tenaga kerja yang memiliki kemahiran teknikal, komunikasi dan pengurusan akan menjadi rebutan majikan. Jawatan utama dalam sektor itu termasuk Ketua Unit Pengeluara­n dan Pengurus Projek.

Bagi sektor teknologi maklumat, majikan mencari individu yang mempunyai kemahiran hibrid untuk membantu syarikat beroperasi dalam transforma­si digital. Jawatan seperti SAP Team Lead dan Pengurus Teknologi Maklumat paling dicari dan menawarkan gaji paling tinggi tahun ini.

Laporan itu juga membangkit­kan mengenai pentingnya profesiona­lisme jabatan Sumber Manusia (HR) mengubah cara merancang inisiatif latihan kepada kakitangan sedia ada untuk menambah kemahiran mereka, sekali gus memacu pertumbuha­n perniagaan.

Dapatan daripada kajian ini mungkin boleh dijadikan panduan menganalis­a rancangan yang patut ada terhadap kalangan graduan kita. Memang kita patut berasa gembira kerana saban tahun jumlah yang dikeluarka­n institusi pengajian tinggi tempatan semakin bertambah.

Tapi dalam gembira itu, selalu juga berasa tak sedap hati bila kita dapati bilangan penganggur­an dalam kalangan mereka turut meningkat. Jika bekerja sekalipun, majoritiny­a bukan dengan taraf kelulusan mereka, malah ramai yang sekadar lebih sikit daripada paras gaji minimum.

Memetik laporan Bank Negara Malaysia (BNM), antara 2010 hingga 2017, bilangan pemegang diploma dan ijazah dalam tenaga kerja secara purata meningkat sebanyak 173,457 orang setahun. Jumlah itu, jauh lebih tinggi daripada pertambaha­n guna tenaga bersih dalam kategori pekerjaan berkemahir­an tinggi, iaitu 98,514 orang setahun.

Selain itu, kajian Institut Penyelidik­an Khazanah juga mendapati 95 peratus pekerja muda berada dalam kategori pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran manakala 50 peratus pekerja yang membuat pekerjaan berkemahir­an rendah secara manual mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh jenis pekerjaan sedemikian.

Justeru, lepasan sekolah menengah kita perlu didedahkan bahawa selain terjebak dalam stereotaip - ‘meragas’ untuk masuk institusi pengajian awam bila habis SPM atau STPM, ruang untuk mereka berkerjaya juga ada dalam bidang TVET yang turut menjanjika­n pendapatan lumayan.

Tengok sajalah pendedahan akhbar ini, baru-baru ini mengenai pendatang asing yang mengaut pendapatan lumayan sebagai tukang jahit. Jadi, bagi kita yang mungkin tidak terlalu cemerlang dalam akademik sehingga dapat skor terbaik dalam bidang kejurutera­an atau pakar IT hibrid seperti dicadangka­n Kelly Service, lebih baik kita tidak berlumba dengan lebih seratus ribu lagi Mr Average di IPT, mungkin peluang kita bina kerjaya akan lebih cerah selepas meraih kemahiran dalam aliran TVET.

Kemahiran sebagai tukang jahit, tukang gunting dan dandanan, pakar pendawaian, penyaman udara dan tukang paip umpamanya, sekadar menyatakan beberapa cabang ilmu TVET, adalah antara khidmat yang sentiasa ditagih masyarakat.

Cuma yang dikatakan menjadi isu ialah walaupun kerajaan sedar mengenai kepentinga­n TVET, akan tetapi peluang kemasukan dalam bidang ini tidak juga meluas. Ramai lepasan SPM baru-baru ini mengadu tak dapat tempat ke GIATMARA umpamanya kerana dikatakan tempat sangat terhad di setiap lokasi.

Jika hendak ke kolej TVET swasta pula, pelajar perlu berhutang berpuluh ribu juga dengan jabatan tertentu yang ditubuh untuk membangun kemahiran rakyat. Jika begitu, ia sudah jadi macam penuntut universiti awam dan swasta berhutang dengan PTPTN juga. Kita bimbang kolej swasta berkenaan hanya nak ‘meniagakan’ kemasukan pelajar seperti yang dikatakan terjadi pada kolej akademik swasta.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Bidang TVET antara yang menjanjika­n peluang pekerjaan dengan gaji berpatutan kepada peserta.
(Foto Hiasan) Bidang TVET antara yang menjanjika­n peluang pekerjaan dengan gaji berpatutan kepada peserta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia