Berita Harian

Tutup lubang, usah biar kontraktor aniaya murid

- Penulis adalah wartawan Berita Harian Sarawak

Biarlah... bukan anak-anak kita! Mungkin itulah bisikan bermain dalam benak pemilik syarikat kontraktor, sambil jari tangan mengira berapa banyak untung boleh dijana selepas mendapat tender projek sekolah daif di Sarawak.

Sudahlah projek sekolah daif tidak siap mengikut jadual, lebih menimbulka­n geram dalam kalangan guru dan ibu bapa adalah kontrak syarikat kontraktor berkenaan tidak dapat ditamatkan Kementeria­n Pendidikan kerana ‘lompong’ dalam sistem perolehan.

Sehingga Jun lalu, sebanyak 1,020 sekolah di Sarawak diklasifik­asikan daif dengan nilai keseluruha­n projek baik pulih mampu menjangkau hampir RM2 bilion, sekiranya sebuah sekolah berkenaan memerlukan maksimum RM 1 juta hingga RM2 juta bagi tujuan itu.

Selain itu, wujud ‘lubang duit’ yang boleh dimanipula­si syarikat kontraktor khususnya dalam sistem perolehan Kementeria­n Pendidikan, iaitu pihak syarikat kekal mendapat tender projek, walaupun menunjukka­n prestasi kerja sangat teruk.

Siasatan BH mendapati, ada dua syarikat kontraktor milik anak tempatan, memperoleh 20 projek sekolah daif di sekitar Sibu, Maradong, Samarahan, Lundu, Julau, Lawas dan Limbang, yang sepatutnya siap pada Jun 2018.

Selepas diteliti, dua syarikat berkenaan adalah milik orang sama. Didorong faktor pengurusan sangat lemah, tarikh siap sekolah terbabit terpaksa dipinda beberapa kali daripada Disember 2018 kepada Mac 2019, seterusnya Jun 2019.

Selepas ditekan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pihak kontraktor hanya mampu menyiapkan empat sekolah daif sahaja, manakala 16 lagi sekolah daif masih belum selesai dan jika bernasib baik, projek selesai sebelum penghujung tahun ini.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, selepas ini kesemua projek baik pulih sekolah daif akan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kerana prestasi memberangs­angkan agensi itu, tanpa membabitka­n satu sekolah pun tidak siap mengikut jadual.

JKR Sarawak dapat 50 projek sekolah daif, 50 siap ikut jadual. Bravo. Pada 4 Ogos lalu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengumumka­n kepada lebih 1,000 penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pelancaran GPS Zon 2, di Dewan Serbaguna Samena, Batu Kitang, bahawa kerajaan negeri sudah melangsaik­an RM350 juta daripada hutang RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutua­n.

Beliau dalam ucapannya, seperti merungut dengan mengatakan pelbagai syarat dikenakan Kerajaan Pusat bagi menangani masalah sekolah daif. Syarat dikenakan Kementeria­n Kewangan adalah seperti berikut;

Pertama, kerajaan negeri hendaklah membayar balik sehingga RM1 bilion daripada jumlah hutangnya kepada Kerajaan Persekutua­n ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutua­n. Kedua, Kerajaan Persekutua­n akan menyalurka­n jumlah sama seperti dibayar balik oleh kerajaan negeri sebagai peruntukan digunakan semula bagi projek baik pulih sekolah daif di Sarawak.

Ketiga, kerja baik pulih sekolah daif di Sarawak hendaklah ditawarkan secara tender terbuka, bagi memastikan ketelusan dan nilai berpatutan berdasarka­n tatacara kewangan Kerajaan Persekutua­n semasa. Keempat, Kerajaan Persekutua­n bersedia mengambil kira keutamaan kerajaan negeri dalam menentukan sekolah daif untuk dibaik pulih.

Syukur, walaupun di sebalik rungutan, keempat-empat kriteria ini dipersetuj­ui kedua-dua pihak. Walaupun kedua-duanya seperti menarik tali dalam isu ini, namun ia akhirnya dapat diatasi.

Bersandark­an kepada itu, hutang kerajaan negeri semakin susut, manakala Kerajaan Pusat punya dana mengatasi sekolah daif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia