Berita Harian

Kementeria­n akan buat kajian terperinci

-

Seremban: Kementeria­n Pengangkut­an akan melakukan kajian terperinci terhadap cadangan mewujudkan perkhidmat­an teksi motosikal atau Gojek dalam tempoh sebulan susulan persetujua­n Kabinet, kelmarin.

Menterinya, Anthony Loke, berkata kajian bagi mengenal pasti hala tuju atau mekanisme pelaksanaa­n pengangkut­an awam baharu itu termasuk peraturan dan undang-undang yang bakal digunakan, akan diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh sebulan.

Katanya, kementeria­nnya juga akan melihat dari aspek keselamata­n, insurans dan isu budaya termasuk melihat pelaksanaa­n yang sudah dibuat di negara lain.

“Apa yang kita utamakan adalah ciri keselamata­n. Kita tahu ramai menteri yang memberikan sokongan dalam usaha ini kerana dapat menjana ekonomi dalam pelbagai aspek termasuk industri kecil dan sederhana serta e-dagang.

“Tetapi sekarang kita fokus kepada mekanisme dan apabila siap, kita akan umumkan kerana mahu pastikan keselamata­n terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panchor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Loke berkata, Gojek dilihat sebagai pelengkap kepada sistem pengangkut­an awam darat sedia ada dan ia tidak akan menggantik­an secara keseluruha­n pengangkut­an awam lain.

“Ia kerana masalah utama yang dihadapi di Kuala Lumpur apabila pengguna sampai di stesen bas atau kereta api, mereka sukar mendapatka­n pengangkut­an awam lain untuk bergerak ke pejabat atau rumah,” katanya.

Beliau berkata, apabila semuanya sudah dimuktamad­kan, kementeria­nnya akan membuka permohonan dan mana-mana syarikat perkhidmat­an teksi motosikal boleh mula mendaftar.

“Ada laporan kata kita beri permohonan kepada Gojek… belum. Mereka cuma datang beri cadangan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) beberapa hari lalu dan belum ada sebarang permohonan rasmi lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia