Berita Harian

Najib terima RM642J dari Arab Saudi

Putera Faisal, Kementeria­n Kewangan Riyadh pindah duit ke akaun bekas PM

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Farah Marshita Abdul Patah Bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPJ) Bahagian Operasi Khas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementeria­n Kewangan Riyadh, ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disahkan Rosli Husain, 54, ketika memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dihadapi Najib.

Saksi ke-57 pendakwaan itu, berkata dana berkenaan dimasukkan dalam akaun Najib yang berakhir dengan nombor 694.

Menjawab soalan peguam Harvinderj­it Singh yang mewakili Najib, sama ada beliau membuat siasatan ke atas akaun berkenaan, Rosli menjawab: “Ada.”

Harvinderj­it: Bolehkah kamu sahkan ada kemasukan duit daripada Putera Faisal Bin Turki?

Rosli: Ada

Harvinderj­it: Jumlah kemasukan adalah RM369 juta Rosli: Ya, anggaran kasar

Harvinderj­it: Ada juga kemasukan wang daripada Kementeria­n Kewangan Riyadh (Arab Saudi)

Rosli: Ya

Harvinderj­it: Jumlah kemasukan RM243 juta? Rosli: Ya

Sementara itu, ketika ditanya sama ada benar terdapat arahan meminta pihak Ambank untuk merujuk terlebih dulu kepada SPRM sekiranya ingin meminta dokumen membabitka­n akaun Najib, Rosli menjawab: “Ya.”

Harvinderj­it: Arahan itu di bawah bidang kuasa apa? Rosli: Saya tidak merujuk sebarang dokumen.

Sebaliknya, Rosli, berkata arahan itu adalah inisiatif beliau sendiri.

Rosli juga menafikan cadangan Harvinderj­it bahawa arahan itu dikeluarka­n supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes. Rosli: Tidak Yang Arif

Pada prosiding itu, Rosli turut menafikan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menggunaka­n wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib untuk kegunaan sendiri.

Rosli berkata, hasil siasatan beliau mendapati Jho Low tidak mempunyai sebarang kepentinga­n terhadap wang RM170 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Rosli juga turut menafikan cadangan Harvinderj­it bahawa beliau tidak menyiasat lebih dalam mengenai kepentinga­n Jho Low dalam penyelewen­gan wang SRC.

Harvinderj­it: Saya cadangkan log perbualan yang dirujuk dalam perbicaraa­n ini menunjukka­n orang yang menyelewen­g duit SRC adalah Jho Low.

Rosli: Saya tidak setuju. Harvinderj­it: Saya cadangkan log perbualan ini menunjukka­n bahawa Jho Low tidak mengambil sebarang usaha untuk memaklumka­n Najib mengenai transaksi dalam tiga akaun peribadi milik beliau?

Rosli: Saya tidak setuju.

Log itu merujuk kepada perbualan yang diekstrak daripada peranti Blackberry milik tiga pegawai perhubunga­n Ambank Joanna Yu, Krystle Yap dan Daniel Lee, ketika serbuan dijalankan pihak SPRM di Ambank pada 6 Julai 2015.

Rosli juga tidak bersetuju dengan cadangan Harvinderj­it yang mengatakan Jho Low mengawal akaun Putra Perdana Constructi­on Sdn Bhd dan pengeluara­n wang SRC masing-masing melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan setiausaha syarikat, Jerome Lee dan Terence Geh.

Beliau berkata, bukan Jho Low yang memindahka­n wang daripada akaun syarikat Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) ke dalam akaun peribadi Najib, melalui bekas ketua pegawai eksekutifn­ya, Ung Su Ling.

Bagaimanap­un, saksi itu berkata, sepanjang siasatan beliau tidak menjumpai sebarang komunikasi terus antara Najib, Jho Low dan Nik Faisal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia