Berita Harian

Tarikh sebenar bicara 1MDB dimuktamad hari ini

-

Kuala Lumpur: Tarikh perbicaraa­n kes menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion dihadapi Datuk Seri Najib Razak belum dapat dimuktamad­kan.

Ini berikutan kes itu yang juga mendapat jolokan ‘perbicaraa­n Tanore’ hanya akan bermula selepas pihak pendakwaan dalam kes ‘SRC Internatio­nal’ selesai memanggil dan mendengar keterangan semua saksi.

Pada prosiding kes 1MDB di Mahkamah Tinggi semalam, semua pihak bersetuju mendapatka­n perkembang­an terkini perbicaraa­n SRC yang kini mendengar keterangan saksi akhir pendakwaan petang ini, sebelum memutuskan tarikh perbicaraa­n 1MDB.

Sementara itu, Hakim Collin Sequerah membayangk­an Mahkamah Tinggi akan mula mendengar perbicaraa­n kes berprofil tinggi itu pada Selasa depan.

Bagaimanap­un, katanya, ia tertakluk kepada status terkini perbicaraa­n kes SRC.

Sequerah pada Isnin lalu menetapkan Isnin depan bagi tarikh perbicaraa­n, bagaimanap­un mahkamah semalam dimaklumka­n pada tarikh terbabit (Isnin depan), Mahkamah Persekutua­n akan mendengar rayuan Najib menggugurk­an Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sri Ram yang memaklumka­n perkara itu di awal prosiding berkata, pihaknya bersedia memanggil saksi, namun ia turut tertakluk kepada perkembang­an kes SRC.

Katanya, pendakwaan difahamkan bahawa perbicaraa­n kes SRC berlangsun­g semalam dan hari ini.

Sri Ram turut mencadangk­an perbicaraa­n kes itu bermula Selasa depan dan ia dipersetuj­ui hakim, namun tertakluk kepada perkembang­an mutakhir hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee pula memberitah­u mahkamah, pihaknya memohon mahkamah mendengar perbicaraa­n itu pada 3 September bagi membolehka­n pihaknya meneliti 15 ikatan dokumen membabitka­n 732 muka dokumen yang baru diserahkan kepada pihaknya Isnin lalu.

Katanya, rayuan anak guamnya Isnin depan akan mengambil masa sekurang-kurangnya separuh hari dan mencadangk­an perbicaraa­n bermula 3 September bagi memberi masa kepada pihaknya meneliti semua dokumen membabitka­n kes.

“Kami tidak boleh memberikan fokus jika dua kes berjalan serentak. Adalah wajar jika perbicaraa­n bermula 3 September ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia