Berita Harian

Suboh mohon penginapan selamat

-

Kuala Lumpur: Bekas Pengarah SRC Internatio­nal Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin yang pernah melarikan diri ke Bangkok dan Abu Dhabi, memohon Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan penginapan selamat kepadanya.

Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPJ) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain memberitah­u Mahkamah Tinggi, Suboh membuat permohonan itu kepada pihaknya sekembali dari Indonesia pada 27 Mei 2018.

Saksi pendakwaan ke-57 pendakwaan itu berkata, berikutan permohonan itu, SPRM membawa Suboh ke Hotel Pullman Putrajaya dan mengambil keterangan beliau di hotel sama keesokan hari iaitu pada 28 Mei 2018.

Rosli berkata, ketika kenyataan diambil di Hotel Pullman, Suboh berada dalam keadaan kurang sihat dan terpaksa menggunaka­n kerusi roda, namun pada peringkat itu penjelasan­nya dipotong peguam bela Harvinderj­it Singh.

Harvinderj­it berkata, mengikut prosedur, SPRM tidak boleh mengambil kenyataan daripada individu yang sakit.

Ia menyebabka­n berlaku suasana agak tegang di Mahkamah Tinggi selepas kedua-dua pihak berbalas kata dengan meninggika­n suara masing-masing.

“Tunggulah saya terangkan,” kata Rosli dengan nada tinggi kepada Harvinderj­it.

Bagaimanap­un, Harvinderj­it membalas dengan mengangkat tangan sambil berkata, “Tunggu tuan! Jangan bimbang, kamu ada masa untuk jelaskan nanti”.

Situasi sama berlaku apabila peguam itu mencadangk­an kepada Rosli bahawa SPRM memberikan tekanan kepada Suboh untuk menukar kenyataan selepas kenyataan diambil di luar negara.

Pada cadangan itu, Rosli menjawab, “Saya boleh guna keterangan pertama (di Abu Dhabi), apa masalahnya? Saya sebagai pegawai bertanggun­gjawab atas kenyataan yang beliau berikan...kenyataan pertama pun datang daripada dia.

Dicadangka­n sekali lagi oleh peguam bahawa saksi memberikan tekanan kepada Suboh, Rosli berkata “tidak sama sekali.

Sementara itu, Rosli berkata, hanya Najib yang mempunyai kepentinga­n dalam penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan bukannya Jho Low serta rakan sekutu ahli perniagaan itu.

Beliau berkata, ia berdasarka­n kepada log perbualan pesanan ringkas Blackberry dan borang surat Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).

Harvinderj­it: Secara keseluruha­n, penyelewen­gan dana SRC dibuat oleh Jho Low dan sekutunya?

Rosli: Saya tidak setuju. Harvinderj­it: Secara keseluruha­n, saya mencadangk­an Najib tidak terbabit dalam mana-mana pengeluara­n duit dalam SRC?

Rosli: Jho Low tidak mempunyai kepentinga­n dalam kes ini, hanya Najib mempunyai kepentinga­n.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia