Berita Harian

‘Kemabukan’ bahasa Inggeris

Persatuan, ahli bahasa sifatkan tindakan KBS sebagai penghinaan

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan dan ahli bahasa menyifatka­n penukaran nama Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sports Challenge (MYSC) sebagai ‘kemabukan’ bahasa Inggeris dan tidak mempunyai rasa megah kepada Bahasa Kebangsaan.

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata jika hal itu dilakukan pihak swasta, ia akan dianggap biadab.

“Bagaimanap­un apabila kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) melakukann­ya, apakah sebenarnya contoh yang hendak ditunjukka­n.

“Ini bukan baru berlaku, tetapi kerap terjadi dan dibuat kerajaan sendiri sedangkan Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu.

“Ia bukan isu anti-bahasa Inggeris, tetapi persoalan memartabat­kan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kerana siapakah sepatutnya berbuat demikian sekiranya bukan kita dan siapakah patut menunjukka­n contoh baik kalau bukan kerajaan?” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, KBS menerusi timbalan menterinya, Steven Sim berkata, Hari Sukan Negara yang dimulakan sejak 2015 akan dijenamaka­n semula sebagai Malaysia Sports Challenge (MYSC) dan diraikan pada sepanjang Oktober.

Kamal Shukri berkata, selepas 62 tahun merdeka, ia bukan lagi boleh ‘dirawat’ dengan pendidikan kerana dalam tempoh mendidik sudah lama berlalu, sebaliknya perlu diberi amaran keras.

Beliau berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan dengan aktanya sendiri dan bertanggun­gjawab terhadap persoalan memartabat­kan dan penggunaan Bahasa Kebangsaan, malah terdapat peraturan menggarisk­an hal sedemikian.

DBP, kata Kamal Syukri, perlu mengeluark­an amaran keras kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu termasuk kementeria­n seperti KBS.

Sementara itu, Pensyarah Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) dan tokoh bahasa, Prof Datuk Dr Awang Sariyan, berkata tidak ada keperluan menjenamak­an semula Hari Sukan Negara menjadi MYSC.

Awang berkata, tindakan itu adalah penghinaan kepada bahasa kebangsaan dan mutu sukan negara tidak akan meningkat dengan penukaran nama, sebaliknya terletak pada kualiti atlit negara.

“Hal berkaitan atlit negara itu patut diberi perhatian KBS, bukan dengan menukarkan Hari Sukan Negara ke bahasa Inggeris,” katanya.

Awang berkata, pemimpin hari ini sepatutnya memiliki pemikiran yang jelas dan matang serta bertindak dengan bijak untuk tindakan.

Ini bukan baru berlaku, tetapi kerap terjadi dan dibuat kerajaan sendiri sedangkan Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden PLM

 ??  ?? Awang Sariyan
Awang Sariyan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia