Berita Harian

Bapa menang kereta, isteri dapat motosikal

-

Shah Alam: “Ayah suka menyertai peraduan. tetapi ini kali pertama, ayah mendapat hadiah utama begini,” kata Ryan Lau melahirkan rasa kesyukuran dan mewakili bapanya, Lau Hui Hua, 66, yang memenangi hadiah utama, Peraduan Wave & Win with My Debit.

Ryan dari Kuching, Sarawak merasai kegembiraa­n berganda kerana bukan sahaja bapanya yang memenangi hadiah melalui pertanding­an itu, malah isterinya, Zizie Aina anak Rigus, 23, juga menjadi pembeli bertuah.

“Saya gembira untuk ayah kerana dia memang suka membeli-belah dan memasak.

“Ketika pertanding­an ini bermula pun ayah beritahu saya supaya datang membeli-belah di Econsave kerana ada hadiah kereta,” katanya yang ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Wave & Win with My Debit di Econsave, Kampung Jawa, Seksyen 35 di sini, semalam.

Hadiah disampaika­n oleh Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam. Yang turut hadir, Pengurus Besar Econsave Wilayah Tengah, Wung Tun Fatt dan Pengarah Card Services Paynet, Michael Kumar.

Ryan berkata, beliau hadir mewakili ayahnya yang memenangi hadiah utama, kereta Toyota Vios 1.5J (AT), manakala isterinya yang juga kerap membeli-belah di Econsave, memenangi hadiah motosikal Honda EX5.

“Ayah kerap ke Econsave bersama mama saya, tetapi hari ini (semalam), ayah ada temu janji dengan doktor untuk pemeriksaa­n kesihatan,” katanya.

Pertanding­an Wave & Win with My Debit anjuran Econsave dengan kerjasama Paynet ini bermula pada 15 Januari hingga 15 April lalu di seluruh negara secara serentak di 73 cawangan pasar raya itu.

Mas Imran berkata, sejumlah RM250,000 diperuntuk­kan kepada 101 pemenang, termasuk pemenang hadiah utama yang membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios 1.5J (AT).

“Hadiah lain yang disediakan adalah Kereta Perodua Myvi 1.3LG Auto, tiga buah motosikal Honda EX5, 20 televisyen jenama Sharp LED 40’, 16 baucar bernilai RM500 dan 20 baucar bernilai RM100.

Katanya, pertanding­an yang kali pertama diadakan itu bertujuan menggalakk­an pembeli menggunaka­n kad debit setiap kali membeli-belah dan tidak perlu membawa tunai yang banyak, sekali gus menjadikan beli-belah lebih mudah.

Beliau berkata, pelanggan yang membeli-belah dengan pembelian RM80 ke atas menggunaka­n kad debit layak menyertai pertanding­an itu.

“Sejak menjalanka­n kempen dan pertanding­an guna kad debit, semakin ramai pelanggan datang malah peningkata­n pelanggan sangat ketara, iaitu sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mas Imran berkata, Econsave bakal membuka tujuh lagi cawangan di beberapa lokasi tumpuan sehingga hujung tahun ini.

Penambahan tujuh pasar raya itu menjadikan jumlah keseluruha­n 80 premisnya di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sehingga hujung tahun ini, Econsave akan buka di Tampin, Negeri Sembilan; Taman Teratai di Johor; Alma dan Bagan Serai di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; Aulong Taiping di Perak dan Scott Garden di Kuala Lumpur.

 ?? (Foto Ruwaida Md Zain/bh) ?? Dari kiri, Mas Imran, Michael, Ryan dan Tun Fatt pada majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Wave & Win with My Debit di Econsave, Shah Alam, semalam.
(Foto Ruwaida Md Zain/bh) Dari kiri, Mas Imran, Michael, Ryan dan Tun Fatt pada majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Wave & Win with My Debit di Econsave, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia