Berita Harian

Pengerusi Dong Zong beri keterangan tiga jam

Tai Kim hadir ke Bukit Aman bersama Setiausaha Agung persatuan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengerusi Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim, memberi keterangan selama tiga jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam, dipercayai berhubung isu pembelajar­an tulisan Jawi.

Beliau hadir ke Bukit Aman bersama Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng serta dua peguam, Abraham Au dan Ng Guang Fa.

Mereka tiba pada jam 9.30 pagi semalam sebelum dilihat keluar dari pintu utama ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tai Kim ketika ditemui pemberita memaklumka­n, pihaknya dihubungi seorang pegawai polis, kelmarin untuk hadir ke Bukit Aman, semalam.

“Kami dimaklumka­n untuk hadir ke Bukit Aman, hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis diterima pihak polis.

“Kami cuba beri kerjasama sebaik-baiknya kepada pihak polis dengan hadir ke sini hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, ketika dihubungi mengesahka­n Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Dong Zong dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan, semalam.

“Ini bagi membantu siasatan susulan berapa laporan polis yang dibuat terhadap persatuan terbabit.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, polis sudah menerima 18 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara terhadap Dong Zong.

Sebelum ini, media melaporkan 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementeria­n Pendidikan memperkena­lkan tulisan Jawi untuk seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajar­an murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).

Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Dong Zong mendakwa, pengenalan seni khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajar­an Bahasa Melayu.

Media sebelum ini turut melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n Dong Zong sebagai rasis kerana mendakwa langkah kerajaan memperkena­lkan tulisan Jawi di sekolah adalah satu bentuk Islamisasi.

Tai Kim, Chai Heng bersama peguam hadir selepas memberi keterangan,

Kami cuba beri kerjasama sebaik-baiknya kepada pihak polis dengan hadir ke sini.

Tan Tai Kim, Pengerusi Dong Zong

 ??  ?? di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia