Berita Harian

‘Ada pihak tak senang gagasan Rahmatan Lil Alamin’

-

Rompin: Gagasan Rahmatan Lil Alamin diperkenal­kan Kerajaan Persekutua­n ketika ini tidak disenangi pihak tertentu kerana ia dilihat mampu menyatupad­ukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata kebanyakan pihak tidak menyokong gagasan ini juga dilihat cenderung mencetuska­n isu sensitif, terutama isu yang boleh membangkit­kan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.

“Apa yang kita lakukan melalui gagasan ini bertepatan dengan acuan Malaysia yang mempunyai kepelbagai­an kaum dan agama. Ini usaha besar kerajaan ketika ini dan saya tidak faham kenapa ada pihak tidak senang dengan usaha kita buat.

“Sebaliknya, mereka (pihak tertentu) menjadikan gagasan Rahmatan Lil Alamin sebagai bahan sindiran dengan memberikan pelbagai nama tidak elok. Sikap seperti ini tidak membantu membentuk negara menjadi pelindung kepada semua rakyat, tanpa mengira apa kepercayaa­n mereka,” katanya berucap pada majlis perasmian Karnival Rahmah dan Siaran Langsung Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Muadzam Shah, dekat sini, semalam.

Mujahid berkata, pihak berkenaan mungkin cemburu dengan pencapaian Kerajaan Persekutua­n ketika ini dan cuba menggagalk­an usaha dimulakan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintah­an negara.

“Kita melakukan yang terbaik untuk semua rakyat dan ini mungkin tidak disenangi mereka (pihak tertentu), mereka ingat, jika berjaya mencetuska­n (membangkit­kan) kemarahan orang Melayu, mereka akan mendapat undi,” katanya.

Mujahid (tengah) bersama peserta pada majlis perasmian Karnival Rahmah dan Siaran Langsung Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam,

 ?? (Foto BERNAMA) ?? di Dewan Muadzam Shah, dekat Rompin, semalam.
(Foto BERNAMA) di Dewan Muadzam Shah, dekat Rompin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia