Berita Harian

Berlakon disamun untuk bayar hutang along

-

Kepala Batas: Akibat terdesak untuk melunaskan hutang along, seorang wanita bersama rakan sekerja berpakat dengan tiga lelaki supaya ‘menyamun’ wang hasil jualan majikan mereka berjumlah RM20,400.

Wanita berusia 53 tahun itu membuat laporan polis pada Ahad lalu kononnya dia dan rakan sekerja berusia 25 tahun disamun dua lelaki yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke bank untuk mendeposit­kan wang hasil jualan berkenaan, jam 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati ada keraguan terhadap laporan mangsa walaupun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi menunjukka­n mereka disamun.

Berikutan itu, polis mengadakan Op Cantas pada Isnin lalu di beberapa lokasi dan menahan tiga lelaki, masing-masing berusia 19, 23, dan 25 tahun.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit menuruti arahan wanita itu yang mahu mereka menyamunny­a. Berikutan itu, polis menahan wanita terbabit dan rakan sekerjanya untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, semalam.

Noorzainy berkata, ibu empat anak itu kemudian mengaku menjadi dalang jenayah terbabit.

“Wanita itu yang sudah bekerja dua tahun di kedai alat perkakas

Siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit menuruti arahan wanita itu yang mahu mereka menyamunny­a.

Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Seberang Perai Utara

itu mempunyai masalah kewangan dan berhutang dengan along sebanyak RM30,000.

“Along itu pula mendesakny­a melunaskan bayaran faedah segera RM4,000 yang menyebabka­n dia buntu sebelum merancang kononnya mereka disamun, manakala wang hasil jualan itu dibahagika­n sama rata antara mereka berlima,” katanya.

Susulan penahanan semua suspek, polis merampas beberapa unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM12,060.

Siasatan mendapati wang jualan yang ‘disamun’ itu digunakan untuk membeli telefon bimbit, membayar ansuran bulanan kereta, selain dimasukkan ke akaun masing-masing.

 ?? (Foto Ramdzan Masiam/bh) ?? Noorzainy wang tunai dirampas pada sidang media semalam. di IPD Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang,
(Foto Ramdzan Masiam/bh) Noorzainy wang tunai dirampas pada sidang media semalam. di IPD Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia