Berita Harian

ADUN Tronoh dituduh hari ini

EXCO Kerajaan Perak hadapi tuduhan rogol pembantu rumah

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Perkara itu dimaklumka­n Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menerusi satu kenyataan, semalam.

“ADUN Tronoh akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pada 23 Ogos (hari ini),” katanya.

Pada 9 Julai lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dicabul majikannya yang juga EXCO Kerajaan Perak di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Pada 10 Julai, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak itu bagaimanap­un menafikan dakwaan dirinya merogol pembantu rumah.

Choo Kiong ditahan susulan laporan polis dibuat pada 8 Julai lalu oleh pembantu rumahnya yang mendakwa dirogol di rumah majikannya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata kerajaan negeri menghormat­i proses undang-undang ke atas Choo Kiong dan berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Bagaimanap­un, bagi menghormat­i proses undang-undang, saya menasihatk­an beliau bercuti daripada tugas rasmi, termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang membabitka­n proses membuat keputusan, sehingga proses perbicaraa­n selesai,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau turut memberi jaminan proses perundanga­n ke atas Choo Kiong tidak menjejaska­n perjalanan pentadbira­n kerajaan negeri.

“Setakat ini tiada keperluan melakukan rombakan drastik dan semua EXCO kerajaan negeri mampu memikul tanggungja­wab menjalanka­n urusan pentadbira­n secara bersama,” katanya.

Saya nasihatkan beliau bercuti daripada tugas rasmi, termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat.

Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia