Berita Harian

Bekas pengarah didenda RM1J dapat saham secara salah

-

Kuala Lumpur: Bekas pengarah syarikat pembekal makanan, Three A-resources Bhd, dihukum penjara sehari dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas sembilan pertuduhan memperoleh 891,000 unit saham syarikat itu melalui penyampaia­n maklumat sulit, 10 tahun lalu.

Hakim Syed Faisal Syed Amir menjatuhka­n hukuman itu terhadap Fong Chiew Hean, 83, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding perbicaraa­n peringkat bela diri kes itu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula semalam dan menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga sembilan, tertuduh didakwa memperoleh 891,000 unit saham Three-a Resources melalui akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang dimiliki dua individu lain.

Chiew Hean didakwa memperoleh unit saham itu melalui perolehan maklumat sulit iaitu maklumat mengenai cadangan penggabung­an perniagaan syarikat itu dengan Wilmar Internatio­nal Limited yang tidak boleh didapati secara umum.

Warga emas itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini, antara 7 September dan 5 Oktober 2009.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 (Akta 671) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Izuddin Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia