Berita Harian

Penganggur didakwa tetak Ketua Polis Besut

-

Kuala Terengganu: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini semalam atas tuduhan menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rawi, hingga putus ibu jari kanan.

Tertuduh, Mohd Nasli Mohd Nasir, 33, membuat pengakuan itu dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Mohd Zamri, 54, hingga menyebabka­n ibu jari tangan kanan mangsa putus dan mengalami cacat kekal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh dengan cara menetak mangsa menggunaka­n parang di sebuah kediaman di Padang Luas Jerteh, Besut, jam 12.30 tengah hari, 15 Julai lalu.

Mohd Nasli didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Kamaruzama­n A Wahab.

Azman menetapkan 11 September depan sebagai tarikh sebutan kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Mohd Zamri cedera di kepala dan putus ibu jari kanan akibat ditetak jiran menggunaka­n parang di hadapan rumahnya.

Kejadian berlaku sebaik saja mangsa tiba di hadapan rumah dan didatangi suspek yang menaiki kenderaan Perodua Kembara untuk membuat aduan berkaitan tanah.

Bagaimanap­un, Mohd Zamri yang tidak mahu melayan kerenah lelaki terbabit menyuruh suspek pulang, namun lelaki itu berang dan bertindak mengambil parang dalam kenderaan sebelum menetak mangsa.

 ??  ??
 ?? (Foto Rozainah Zakaria/bh) ?? Mohd Nasli dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Rozainah Zakaria/bh) Mohd Nasli dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia