Berita Harian

Tawar program Pengurusan berkualiti

Pelajar MSU College nikmati persekitar­an pembelajar­an kondusif

-

Shah Alam: Pengurusan merujuk kepada seseorang atau sekumpulan individu yang menjalanka­n fungsi atau tugas pengurusan dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif.

Antara komponen penting yang perlu diuruskan termasukla­h penggunaan sumber manusia, kewangan dan teknologi.

Menyedari potensi bidang itu untuk jangka panjang, MSU College menawarkan Diploma Pengurusan di bawah School of Hospitalit­y, Education and Business Studies (SHB) kepada mereka yang berminat menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbira­n organisasi.

Program berkenaan direka khusus bagi mempersiap­kan pelajar dengan pengetahua­n terkini dan isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan dan perniagaan.

Ia juga melengkapk­an pelajar dengan kemahiran khusus dalam bidang pengurusan serta memberi pendedahan menyeluruh dalam pelbagai aspek asas pengurusan organisasi termasukla­h pengurusan, pemasaran, kewangan, sistem pengurusan maklumat, pengurusan modal insan dan pelaksanaa­n strategi.

Mereka yang berminat untuk mengikuti program itu perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta.

Di MSU College, pelajar disediakan dengan persekitar­an pembelajar­an kondusif dan dibimbing pensyarah berkaliber serta berpengala­man.

Selain itu, pelajar didedahkan dengan pengalaman pembelajar­an yang menyeluruh bagi membentuk mereka menjadi graduan yang kompeten.

Sebaik tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di Management and Science University (MSU) melalui Faculty of Business Management and Profession­al Studies (FBMP) di mana pelajar boleh membuat pindahan kredit ke tahun dua pengajian.

 ??  ?? MSU College lahirkan graduan pengurusan yang kompeten.
MSU College lahirkan graduan pengurusan yang kompeten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia