Berita Harian

MSU College lahirkan hero litar

-

Kuala Terengganu: Juara kategori Wira keseluruha­n Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS 2015, menduduki tangga kelima keseluruha­n kategori 250cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARCC) Asia Dream Cup 2016 serta muncul naib juara Malaysian Superbike Championsh­ip 2019 membolehka­n Muhamad Harith Farhan Baharin, 20, diangkat sebagai wira litar.

Dilahirkan di Terengganu, Harith Farhan yang kini melanjutka­n pengajian pada peringkat diploma di MSU College Terengganu dalam jurusan Diploma Pengurusan Perhotelan mula menunjukka­n minat dalam dunia perlumbaan seawal usia tujuh tahun dan menjadikan pelumba GP bertaraf dunia, Valentino Rossi dan Marc Marquez sebagai idola.

Beliau pelajar yang aktif dan bakal menjalani latihan industri pada semester akan datang berkata, walaupun minat mendalam di dalam bidang permotoran, dia masih mengutamak­an pelajaran dan menggunaka­n segala peluang dan platform yang ditawarkan oleh MSU College untuk menjadi graduan holistik, serba boleh dan kompeten.

“Setiap orang mempunyai impian. Impian saya untuk berjaya tidak kira di dalam sukan motor dan pelajaran kerana kita harus pandai membahagik­an masa antara pelajaran dengan sukan kerana kedua-duanya penting untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa akan datang.

“Ibu bapa adalah sumber kekuatan dan inspirasi saya termasuk pensyarah dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk berjaya dan menaikkan semangat untuk merealisas­ikan impian menjadi antara pelumba profesiona­l pada peringkat dunia,” katanya.

 ??  ?? Harith Farhan muncul naib juara Malaysia Superbike Championsh­ip 2019 di Litar Antarabang­sa Sepang, baru-baru ini.
Harith Farhan muncul naib juara Malaysia Superbike Championsh­ip 2019 di Litar Antarabang­sa Sepang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia