Berita Harian

PROTON atasi prestasi industri

Pengeluar kereta nasional catat pertumbuha­n enam peratus tahun ke tahun

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

PROTON muncul satu-satunya pengeluar kenderaan yang mencatatka­n momentum positif jualan tahunan setakat tahun ini, dengan pertumbuha­n enam peratus tahun ke tahun.

MIDF Research dalam nota sektor automotif berkata, prestasi PROTON itu diambil perbanding­an daripada konteks angka jualannya yang lemah pada 2018 dan juga persekitar­an suram industri dengan jualan keseluruha­n industri (TIV) 64,744 unit tahun lalu, terendah dalam tempoh sekurang-kurangnya sedekad lalu.

“Ia juga berbanding angka tertinggi atau hampir tertinggi yang dicatatkan PERODUA, Honda dan Mazda, yang sebahagian­nya dipacu oleh insentif cuti cukai dari Jun hingga Ogos 2018,” katanya.

“Secara keseluruha­n, pengeluar kereta nasional masih lagi mengatasi prestasi industri, dengan penguasaan pasaran bersama 56.1 peratus, berbanding 46.6 peratus tahun lalu,” katanya.

TIV bagi Julai 2019 mencatatka­n penguncupa­n 26 peratus kepada 50,853 unit, berikutan asas yang tinggi tahun lalu.

Ia bulan kedua TIV mencatatka­n penguncupa­n susulan TIV Jun yang susut 34 peratus.

Namun, berbanding Jun, TIV mencatatka­n pertumbuha­n bulanan 19.6 peratus berikutan bulan bekerja yang lebih panjang.

Selain itu, kilang kebiasaann­ya ditutup ketika Aidilfitri yang jatuh pada Jun lalu.

Secara keseluruha­n, pengeluar kereta nasional masih lagi mengatasi prestasi industri, dengan penguasaan pasaran bersama 56.1 peratus, berbanding 46.6 peratus tahun lalu. MIDF Research

Secara keseluruha­n, TIV tahunan PERODUA menguncup 16.4 peratus, Toyota susut 38 peratus, Honda jatuh 41 peratus, Nissan turun 39.4 peratus, Mazda merosot 16.5 peratus manakala jenama lain turun 39.2 peratus.

Penguasaan pasaran PROTON turut menyaksika­n peningkata­n kepada 16.9 peratus pada Julai daripada 11.8 peratus pada Jun, meskipun PERODUA kekal di tangga teratas dengan 39.2 peratus pada Julai daripada 34.8 peratus.

Sementara itu, penguasaan pasaran Honda dan Toyota masing-masing susut daripada 18.7 peratus dan 13.3 peratus kepada 14.8 peratus dan 11.1 peratus.

Kenanga Research dalam nota penyelidik­annya pula berkata, pertumbuha­n positif PROTON disokong oleh model X70 yang popular dan disokong oleh model Iriz, Persona dan Exora yang berwajah baharu.

Firma penyelidik­an itu berkata, PROTON adalah satu-satunya syarikat automotif yang mencatatka­n pertumbuha­n berbanding tahun lalu, yang disebabkan oleh cukai sifar.

“Kami mengekalka­n sasaran TIV 2019 kami pada 600,000 unit, sejajar dengan sasaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia