Berita Harian

Avisena sasar buka tiga hospital dalam tempoh lima tahun

-

Kumpulan Avisena (Avisena) menyasar membuka tiga hospital baharu, dengan gabungan kapasiti 540 katil yang menawarkan pelbagai kepakaran perubatan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Presiden Kewangan dan Operasi Subsidiari Avisena, Ahmad Tazilan Mokhtar, berkata dua daripada hospital baharu yang dirancang itu akan dibangunka­n di Lembah Klang manakala sebuah lagi di Nilai, Negeri Sembilan.

“Satu (hospital) kita akan perluaskan Hospital Pakar Avisena di sini, dengan membina bangunan baharu 14 tingkat di sebelahnya yang menawarkan 140 katil.

“Seterusnya, kita akan bina hospital baharu berkemungk­inan di kawasan Melawati, Kuala Lumpur dengan 250 katil.

“Satu lagi (hospital baharu) berkapasit­i 150 katil kita rancang untuk buka di Nilai.

“Bagaimanap­un, lokasi sebenar belum dapat diputuskan kerana kita masih mencari lokasi yang betul-betul sesuai,” katanya selepas majlis perasmian Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena di Shah Alam, semalam, yang disempurna­kan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Avisena bermula sebagai sebuah pusat perubatan di dua lot kedai di Seksyen 9 di Shah Alam, sekitar 1996 kini berkembang dan mempunyai dua hospital pakar di Seksyen 14, iaitu Hospital Pakar Avisena, yang dibuka lebih 11 tahun lalu serta Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena, sejak Mei tahun ini.

Ahmad Tazilan berkata, dengan pembukaan hospital baharu itu, kami yakin dapat meraih pendapatan RM225 juta daripada perkhidmat­an pelbagai bidang kepakaran, yang ditawarkan di kedua-dua fasiliti itu.

Sementara itu, Naib Presiden Operasi Avisena, Mazidah Umar, berkata pembukaan hospital pakar terbaru berkenaan susulan permintaan tinggi pasaran masa kini, yang mana fasiliti berkenaan menawarkan perkhidmat­an kesihatan menyeluruh kepada golongan wanita serta pediatrik.

Dengan pembukaan hospital baharu itu, kami yakin dapat meraih pendapatan RM225 juta.

Ahmad Tazilan Mokhtar, Naib Presiden Kewangan dan Operasi Subsidiari Avisena

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia