Berita Harian

RA Industry4w­rd jejak PKS berpotensi

-

Penilaian Kesediaan Industry4w­rd (RA Industry4w­rd) akan menjadi platform bagi mengenal pasti syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpotensi, yang bersedia menghadapi persekitar­an Industri 4.0.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, berkata setakat ini, 60 PKS daripada 600 syarikat terpilih untuk menjalani program RA Industry4w­rd bagi penghijrah­an ke platform Industri 4.0.

“Penilaian masih dijalankan mengenal pasti syarikat benar-benar berpotensi, sebelum mereka layak menerima pemadanan geran sehingga RM500,000.

“Proses berkenaan (penilaian) akan mengambil masa satu hingga dua bulan untuk disiapkan.

“Senarai syarikat terpilih akan diumumkan pada Sidang Kemuncak Industri 4.0 oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) pada Oktober ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an ucap tama di Forum Transforma­si Industri Asia Pasifik 4.0 (ITAP), di Kuala Lumpur, semalam.

Forum berkenaan adalah sebahagian daripada penganjura­n ITAP 2019 yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Oktober ini di Singapura.

MITI secara rasminya melancarka­n Pendaftara­n Dalam Talian Penilaian Kesediaan Industry4w­rd pada 28 Januari lalu bagi membantu syarikat yang berminat untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Industri 4.0 dan memohon menyertai program penilaian kesediaan itu.

Syarikat yang memohon terdiri daripada sektor pembuatan dan perkhidmat­an untuk menilai keupayaan dan kesediaan mereka untuk menerima pakai teknologi dan proses Industri 4.0.

Mengulas mengenai harapan Bajet 2020, Kian Ming berkata, pihaknya masih mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan untuk melihat sejauh mana perkembang­an aktiviti Industri 4.0 dapat dilaksanak­an.

“Kami yakin ia akan menerima maklum balas yang positif. Namun, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri 4.0 Malaysia, VKK Rajasekara­n, berkata penawaran pemadanan geran yang disediakan kerajaan berjumlah RM500,000 akan membantu PKS mengembang operasi mereka ke peringkat seterusnya.

“Daripada jumlah itu, 50 peratus akan diperuntuk­kan bagi segmen teknologi, 30 peratus untuk bakat (people) dan baki 20 peratus bagi pengurusan,” katanya.

 ??  ?? Ong Kian Ming
Ong Kian Ming

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia